Tengok Piala Dunia PERCUMA Dengan KJ





 


Untuk kaki2 bola dan fanatik World Cup yang takde TV kat rumah atau bosan menonton bola sendirian, jangan risau. Kementerian Belia dan Sukan bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan "Fiesta Samba Brasil" yang akan mengadakan tayangan perlawanan World Cup di skrin gergasi seluruh negara.
Tayangan ini akan bermula dengan perlawanan di antara Brazil lawan Croatia pada pukul 4 pagi Jumaat ini. Terdapat 14 lokasi tayangan di seluruh negara, termasuk di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan saya juga akan menyertai anda semua di sana.
Lokasi-lokasi lain adalah seperti berikut:
Perlis - Dataran Dato’ Sheikh Ahmad
Kedah - Perkarangan Stadium Alor Setar
Pulau Pinang - Perkarangan Sun Shine, Kepala Batas
Selangor - Pusat Sukan Lasak Syeksen 13, Shah Alam
Negeri Sembilan - Dataran Rembau
Melaka - Perkarangan Tempat Letak Kereta UTC
Johor - Bazar Karat Jalan Segget Johor Bahru
Pahang - Perkarangan UTC
Terengganu - Dataran Shah Bandar
Kelantan - Perkarangan Tambatan Diraja Kota Baharu
Sabah - Perkarangan Jesselton Point, Kota Kinabalu
Sarawak - Plaza Astana, Jalan Astana Sarawak
W.P Labuan - Dataran Labuan
Selain tayangan perlawanan bola sepak, anda semua juga boleh menyertai acara sampingan seperti pertandingan subbuteo, kuiz, pameran dan tapak jualan.
Jom berfiesta dan meriahkan demam Piala Dunia anda bersama kami!
Untuk maklumat lanjut, layari www.kbs.gov.my