Showing posts with label Bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts

JADUAL PERTANDINGAN BOLASEPAK SUKAN MALAYSIA (SUKMA) KE-18 PERINGKAT SUKU AKHIR



JADUAL PERTANDINGAN BOLASEPAK SUKAN MALAYSIA (SUKMA) KE-18 PERINGKAT SUKU AKHIR

26 Julai 2016

• QF1 - Selangor vs Pahang - 3.45 ptg
• QF2 - Sabah vs Johor- 3.45 ptg
• QF3 - W.Persekutuan vs N.Sembilan - 3.45 ptg
• QF4 - Perak vs Sarawak - 8.30 mlm

Nota :
• Semi-Final 1 - QF1 vs QF3 (28.07.2016)
• Semi Final 2 - QF2 vs QF4 (28.07.2016)
• Final & Tempat ke-3/4 (30.07.2016)

PEMAIN DAN PEGAWAI JDT BERLEPAS KE THAILAND | 16HB JANUARI 2016


Pemain dan pegawai kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah berlepas ke Thailand hari ini, 16hb Januari 2016 untuk perlawanan pra-musim sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Liga Asia (ACL) dan Liga Malaysia. JDT dijadualkan bertemu Chonburi FC pada 17hb Januari manakala Big Bang Chulalongkorn University FC pada 19hb Januari 2016. Semoga segala perancangan dan strategi untuk meningkatkan lagi prestasi yang direncanakan oleh Mario Gomez selaku Ketua Jurulatih JDT berjaya mencapai keputusan yang diharapkan. Luaskan Kuasamu Joho

Fernando Torres Sarung Jersi JDT 2016







JDT kini meluaskan empayarnya dengan memburu Penyerang Sepanyol dan AC Milan, Fernando Torres  untuk musim 2016.


Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pihaknya sudah berhubung dengan agen mewakili pemain itu. 
"Jika gagal bawa Torres, beberapa nama besar juga akan di bawa ke JDT untuk musim 2016. 

"Antara pemain itu termasuklah dari Juventas dan Fiorentina di Liga Itali," katanya ketika pertemuan khas bersama media dan kelab penyokong di sini, hari ini.

Menurutnya, ia bukan janji kosong pihaknya tetapi pihaknya pasti akan membawa masuk nama besar pada musim 2016 nanti. - Sumber Astro Awani



Najib Razak Rehat Menipu Rakyat Sambil Tengok Bola Dengan Khairy Jamaluddin








Sifu Ug Apa salahnya bg PM rehat sakali sekala. Penat PM memikir mcm ne nak tipu n memperbodohkan rakyat. 1 malaysia kene tipu kat najib
  • Azamy Yusoff Kenapa komen ko mcm org bodoh ni? Akal Tuhan bg utk b'pk. Gunalah. Kalau x guna,p bg pd yg memerlukan k. Sekian.
  • Syahid Syahidan haha...hebat sifu...btul la tu..
  • Siah Yumie II KENAPA ISRAEL X MENYERANG MALAYSIA SEDANGKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM??? ada yang tanya kepada yahudi.. kamu benci malaysia kerana penduduknya kebanyakannya islam tetapi mengapa kau tidak memerangi malaysia kenapa kau perangi gaza.. kemudian dia menjawab kerana rakyat malaysia permulaan lagi sudah kalah.. aku baru mendirikan McD dan STARBURCK sebagai eksperimen ternyata ramai rakyat malaysia menyukai buatan ku lalu untuk apa aku perangi mereka yang lemah itu.. aku perangi gaza kerana mereka kuat dan tidak mudah terpedaya. tak dinafikan , ianya FAKTA bukan AUTA!! masyaallah lemah nye kite rakyat malaysia
 



Luis Suarez Disahkan Pindah Barcelona







Barcelona : Barcelona hari ini mengesahkan penyerang Uruguay Luis Suarez akan berpindah ke kelab Sepanyol itu daripada Liverpool.
Suarez akan ke Barcelona minggu depan untuk pemeriksaan kesihatan selain menandatangani kontrak lima tahun dan diumum secara rasmi kepada pihak media dan peminat sebagai pemain FC Barcelona.- Sumber Harian Metro

Nigeria Digantung FIFA






  • Pasukan Nigeria tidak dibenarkan menyertai mana-mana kejohanan bola sepak antarabangsa selepas Fifa
menggantung NFF. Pasukan Nigeria tidak dibenarkan menyertai mana-mana kejohanan bola sepak antarabangsa selepas Fifa menggantung NFF.
1 / 1
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menggantung Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) daripada terlibat dalam sebarang kejohanan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Kecemasan Fifa selepas mendapati kerajaan negara tersebut mencampuri urusan NFF.

Ia juga merupakan tindakan susulan daripada keputusan Mahkamah Nigeria yang mendapati menteri sukannya telah memecat keanggotaan NFF dan kerajaan negara itu kemudian dilantik sebagai pentadbir tunggal bola sepak, tidak lama selepas pasukan kebangsaan mereka
kembali daripada saingan Piala Dunia di Brazil.

“Mengikut Perkara 13 dan 17 Statut Fifa mendapati sesebuah persatuan bola sepak perlu diuruskan secara bebas tanpa campur tangan pihak ketiga atau kerajaan,” katanya.

Perkembangan terbaru itu menyebabkan pasukan Nigeria tidak akan dapat beraksi dalam mana-mana kejohanan di bawah Fifa.

Pertandingan paling hampir adalah kejohanan Piala Dunia Wanita dijadualkan pada 5 hingga 24 Ogos ini.

Untuk rekod, skuad bola sepak Nigeria pada saingan Piala Dunia di Brazil sekadar menamatkan saingan di peringkat 16 pasukan selepas kalah kepada Perancis, 2-0 dalam perlawanan kalah mati itu. - Sumber Sinar Harian




Aidil Zafuan Tinggalkan Rita Rudaini Pergi Mekah Dengan Zarema Zainal Dan Safee Sali






aidil
Media Hiburan Online kongsikan foto-foto pasangan suami isteri, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang kini sedang mengerjakan umrah sempena mengambil keberkatan bulan ramadan yang mulia ini. 
 
Turut sama mengerjakan umrah bersama pasangan ini adalah rakan seperjuangan, Safee Sali dan isteri. 
 
Semoga pasangan ini selamat mengerjakan umrah dan apa yang dihajati oleh pasangan ini tercapai. - Sumber Media Hiburan




Mr Os Kokak Luis Suarez






Walaupun besok kita berpuasa teman terpaksa berlatih dengan gigih kerana ramai yg mengatakan teman layak menggantikan Suarez...surat tawaran dah dapat tunggu FIFA luluskan aje ...kalau FIFA tak luluskan teman kokak dia bior sama2 kena gantung hahaha....eh batal tak puase kalau teman ngokak...




Harimau Malaya Dilatih Dollah Salleh Tanpa Was-Was





Dollah dijulang pemain-pemain PDRM selepas dinobatkan sebagai juara Liga Perdana 2014.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pasukan bola sepak negara.

Keputusan melantik  bekas pemain antarabangsa ini sebagai jurulatih kebangsaan akan diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM pada Sabtu.

Dollah,51, bersara dari pasukan kebangsaan pada tahun 1998. Beliau kini merupakan ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertanggungjawab membawa pasukan itu ke aksi Liga Super musim depan.

Tahun lalu, beliau membimbing pasukan Pahang sehingga bergelar juara Piala Malaysia.

Pencapaian terbaik sebagai jurulatih adalah pada tahun 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble - Liga Perdana, Piala FA, dan Piala Malaysia.

Dollah dikenali sebagai jurulatih yang mempunyai sentuhan Midas (emas).

Beliau telah membimbing empat pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke Liga Super.

Sementara itu, badan induk bola sepak tanah air ini telah mula mencari jurulatih kebangsaan sejak Januari lalu berikutan kontrak Datuk K.Rajagobal tidak sambung yang berakhir 31 Disember 2013.

FAM sebelum ini berminat untuk melantik jurulatih Perancis, Philippe Troussier namun perbincangan kedua-dua pihak tidak berjalan lancar.

Manakala jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee yang menjadi jurulatih sementara skuad kebangsaan akan meneruskan persiapan skuad Bawah 23 Tahun menjelang Sukan Asia di Incheon September ini.

Dollah dilantik serta merta bagi menguruskan skuad kebangsaan dalam persiapan mengharungi kempen Piala Suzuki AFF yang dihoskan oleh Singapura dan Vietnam Disember ini.



Tengok Piala Dunia PERCUMA Dengan KJ





 


Untuk kaki2 bola dan fanatik World Cup yang takde TV kat rumah atau bosan menonton bola sendirian, jangan risau. Kementerian Belia dan Sukan bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan "Fiesta Samba Brasil" yang akan mengadakan tayangan perlawanan World Cup di skrin gergasi seluruh negara.
Tayangan ini akan bermula dengan perlawanan di antara Brazil lawan Croatia pada pukul 4 pagi Jumaat ini. Terdapat 14 lokasi tayangan di seluruh negara, termasuk di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan saya juga akan menyertai anda semua di sana.
Lokasi-lokasi lain adalah seperti berikut:
Perlis - Dataran Dato’ Sheikh Ahmad
Kedah - Perkarangan Stadium Alor Setar
Pulau Pinang - Perkarangan Sun Shine, Kepala Batas
Selangor - Pusat Sukan Lasak Syeksen 13, Shah Alam
Negeri Sembilan - Dataran Rembau
Melaka - Perkarangan Tempat Letak Kereta UTC
Johor - Bazar Karat Jalan Segget Johor Bahru
Pahang - Perkarangan UTC
Terengganu - Dataran Shah Bandar
Kelantan - Perkarangan Tambatan Diraja Kota Baharu
Sabah - Perkarangan Jesselton Point, Kota Kinabalu
Sarawak - Plaza Astana, Jalan Astana Sarawak
W.P Labuan - Dataran Labuan
Selain tayangan perlawanan bola sepak, anda semua juga boleh menyertai acara sampingan seperti pertandingan subbuteo, kuiz, pameran dan tapak jualan.
Jom berfiesta dan meriahkan demam Piala Dunia anda bersama kami!
Untuk maklumat lanjut, layari www.kbs.gov.my