Zizan Sakit Otak Kena Jawab Peguam 14 Hari






zizan
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak diberi tempoh 14 hari bermula 23 Jun lalu untuk duduk berbincang dengan pihak syarikat bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.  Hal tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Urusan WFE, Marina Juki, dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Holiday Villa Subang, semalam. 
 
Sidang media yang turut dihadiri oleh peguam syarikat WFE, Sasha Lyna Abdul Latif, Juruaudit syarikat, Azlan Karim dan juga peguam peribadi Marina, Harjit Sandhu dan Wan Nurliyana, diadakan bertujuan untuk menjelaskan isu-isu yang telah berbangkit semenjak tercetusnya kemelut di antara WFE dan Zizan tercetus.
 
Dalam sidang media itu juga, Zizan diminta mengemukakan bukti-bukti yang boleh menyokong tuduhannya yang mengatakan berlaku penyelewengan dalam syarikat Wire Fame Entertaiment Sdn. Bhd (WFE) yang juga dimilikinya.
 
"Tentang tuduhan penyelewengan wang syarikat, saya telah dimaklumkan oleh juruaudit bahawa tiada sebarang penyelewengan telah berlaku di dalam syarikat sama ada daripada pihak saya mahupun Zizan.  Jadi saya ingin tahu bagaimana Zizan boleh membuat tuduhan sebegitu.  Memang dia tidak membuat tuduhan secara terus dengan menyebut nama saya, tetapi saya dapat tahu daripada pihak lain.
 
"Jadi, kalau boleh saya mahu menyelesaikan perkara ini secara baik.  Justeru, saya melalui pihak peguam telah pun menghantar surat kepadanya bertarikh 23 Jun 2014 yang memintanya mengemukakan bukti-bukti yang boleh menyokong dakwaannya itu," ujar Marina.
 
Sementara itu, Juruaudit syarikat, Azlan Karim memberitahu sehingga kini Zizan masih tidak menandatangi laporan audit yang telah dilakukannya.
 
“Laporan audit untuk tahun 2013 sebenarnya masih belum selesai.  Saya belum jumpa Marina dan Zizan untuk menandatangani laporan terbabit.  Jadi, saya agak keliru apabila isu penyelewengan ini timbul.  Ini kerana Zizan belum pun melihat jumlah wang yang ada di dalam akaun,” ujar Azlan. - Sumber MEDIA HIBURAN