Namun penyanyi Aizat Amdan mendedahkan dia pernah menolak hasrat beberapa orang figura seperti Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Datuk Siti Nurhaliza yang ingin mendapatkan karyanya.
Bercakap kepada sebuah portal berita, Aizat, 25, berkata, dia masih belum yakin mencipta lagu untuk dinyanyikan oleh artis popular dan jauh berpengalaman serta mereka yang dianggapnya sebagai idolan dalam bidang seni suara.
"Bukan saya tidak mahu buat (lagu)
tetapi saya takut dan belum yakin terutama untuk orang lain dan orang
tersebut pula adalah dola-idola saya.
"Untuk artis seangkatan pun saya belum
pernah berikan lagu, inikan pula mereka yang sudah ada kelas tersendiri.
Saya akui masih belum layak untuk mencipta lagu untuk mereka", katanya.
Bagaimanapun, kata Aizat keyakinannya
kini semakin bertambah dan dia bersedia untuk memberikan lebih fokus
terhadap penciptaan lagu.
Ujarnya, ada beberapa lagu ciptaannya
yang kurang bersesuaian dengan genre yang dibawa dan ia akan diberikan
kepada beberapa artis baharu.
"Saya ada banyak koleksi lagu tetapi
sebelum ini saya tidak pernah berniat nak bagi pada orang, saya takut
orang tak nak terima lagu saya."
"Sekarang keyakinan saya semakin
bertambah dan mahu beri fokus untuk buat lagu pula terutamanya kepada
artis-artis baharu," jelasnya.
Sementara itu, Aizat yang sekarang sibuk
dengan kerjaya menggesahkan yang dia belum mempunyai teman istimewa.
Namun akui Aizat, hatinya sudah terdetik untuk mendirikan rumah tangga
selepas abangnya iaitu Anas berkahwin minggu lalu.