Culik Anak Ke Solat Tarawikh Makin Meningkat






Walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan wujud sindiket menculik untuk mengambil organ manusia, kisah ‘van putih’ berkeliaran mencari mangsa terus dikaitkan dengan kes penculikanatau cubaan culik.
Terbaru, surat pekeliling dikeluarkan oleh Pertubuhan Sukarela Keselamatan Dan Kebajikan Islam Kerian Perak (PSKK) sebagai peringatan ibu bapa kembali menimbulkan kisah van putih.

Dalam surat tersebut, ibu bapa diminta menasihati anak mereka agar berhati-hati kerana terdapat cubaan culik menggunakan modus operandi mendatangi kanak-kanak yang datang ke masjid untuk solat terawih. Kes dikatakan berlaku di sebuah masjid di Nibong Tebal Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang terletak berhampiran sempadan Parit Buntar, Perak.
Seorang lelaki Melayu telah mendatangi seorang kanak-kanak di perkarangan masjid dan meminta bantuannya agar menunjukkan arah ke Hospital Parit Buntar. Kanak-kanak itu bagaimanapun dibawa ke satu lokasi sunyi di Jalan Sekolah Parit Buntar.
Namun sebaik terlihat dibawa menghampiri van putih, kanak-kanak terbabit melarikan diri kerana menyedari bakal menjadi mangsa culik.
Sejauh mana kebenaran kes ini tidak dapat dipastikan namun adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk sentiasa mendidik dan mengingatkan anak-anak tentang keselamatan diri di mana jua mereka berada.
sumber:mynewshub