Siapa sangka, penerbit filem terkenal, David Teo kini telah bergelar penyanyi apabila melancarkan sebuah single bertajuk, 'Kacang' yang merupakan duet bersama Cat Farish, Fida Ibrahim dan Zarul.
 
"Lagu ini ciptaan  Cat Farish dan ia menceritakan tentang perihal 'Kacang Lupakan Kulit', namun, saya tidak tujukan kepada sesiapa. Ia sebagai pengajaran kepada semua yang mendengar agar tidak jadi seperti maksud peribahasa ini," ujar David. 

Kini, saksikan pula klip video lagu ini yang bukan sahaja memperlihatkan David bernyanyi malah turut tampil dengan beberapa gerakan tarian. Hebat!