Fuh, nampaknya isu Kiki iaitu pemilik kereta Peugeot berplat nombor CDM25 yang mengamuk dan menghentam kereta warga emas, Uncle Sim dengan steering lock
kerana keretanya dilanggar dari belakang masih belum selesai. Kiki
sudahpun membuat permohonan maaf dan Uncle Sim juga sudah memaafkannya.
Namun nampaknya orang ramai masih belum boleh terima permohonan maaf
dari Kiki.
Ini kerana tindakan stesen radio Era FM
dan juga Hitz.fm yang menjemput Kiki ke konti mereka untuk menceritakan
apa yang berlaku dan buat permohonan maaf secara live tidak disenangi
oleh orang ramai. Tindakan Era FM dan Hitz.fm itu telah mendapat reaksi
negatif daripada orang ramai dan dicemuh menerusi komen di laman sosial
Facebook mereka.
Ada beberapa komen yang memandang sinis
usaha stesen radio berkenaan. Pada mereka, sewajarnya Uncle Sim yang
dijemput kerana dia adalah mangsa. Ataupun paling tidak jemputlah
kedua-duanya sekali. Semalam, menerusi TV3, ada juga disiarkan video
Uncle Sim maafkan Kiki dan permohonan maaf Kiki yang dianggap tidak
ikhlas kerana tidak menghadap kamera.
Hmmm… Ammboi susah nak komen bab Kiki
ni. Tapi kalau boleh, apa salahnya kita maafkan perbuatannya itu.
Sedangkan Uncle Sim boleh maafkan. Inikan pula kita yang tidak ada kena
mengena dalam kes mereka (selain ada dakwaan Kiki memalukan bangsa dan
agama, jadi kitapun terkait juga).
Apa pendapat anda?
Wajarkah Era FM dan Hitz.fm menjemput Kiki? Adakah ini satu tindakan
yang salah? Apa pendapat anda mengenai tindakan Kiki terhadap Uncle Lim?
Jom kongsikan pandangan ikhlas anda dibawah. Kalau boleh yang positif
dan janganlah sampai mencarut bagai. Kalau rasa tak boleh hormat dah
pada Kiki, hormatilah bulan baik ini, Ramadan Al-Mubarak…
Sumber: Ammboi