Showing posts with label peugeot. Show all posts
Showing posts with label peugeot. Show all posts

Biodata Kiki Kamaruddin

kiki
Biodata Kiki Kamaruddin Pemilik Peugeot CDM25
Nama Penuh: Siti Fairrah Asyikin bt Kamaruddin
Nama samaran: Kiki
Umur: 30
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Pekerjaan: Weeding Planner
Nama syarikat: Rangkaian Kerja Khawin Sdn.bhd
Alamat: Puchong, Selangor
No.telefon: 013387137
Facebook : https://www.facebook.com/kiki.kerjakahwin
twitter : https://twitter.com/KerjaKahwin
blog : http://kikikerjakahwin.blogspot.com
Company fanpage : https://www.facebook.com/LikeKerjaKahwin
Fanpage admin : https://www.facebook.com/Idz.KerjaKahwin
Company email : idz@kerjakahwin.com.my
Company web : http://www.kerjakahwin.com.my

PERKASA Lancar Tabung Kiki Kamaruddin





KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Negeri Selangor (PERKASA) telah melancarkan satu tabung untuk mengumpul dana bagi membantu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didenda RM5,000 atas kesalahan melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 pada 14 Julai lalu.

“Atas rasa simpati terhadap beliau, kami pimpinan PERKASA Selangor akan membuat kutipan semampu yang boleh.” kata kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook PERKASA hari ini.


Kiki
Muat naik status Facebook PERKASA. 

Petubuhan itu turut berkata, tabung tersebut dilancarkan untuk membantu meringankan beban yang dialami oleh Kiki.

Kiki turut dijatuhi hukuman melakukan kerja komuniti selama 240 jam selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Kiki ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki pada minggu lalu menerusi video yang menjadi viral di Facebook dilihat membuli seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya. - Sumber ASTRO AWANI



Kiki Peugeot CDM25 Kena Hukuman Berat






Kuantan: Mahkamah Sesyen Kuantan memerintahkan Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, melakukan kerja kemasyarakatan selama 240 jam dan didenda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan khianat kepada kereta milik warga emas, Sim Hiak Hong, 68, minggu lalu.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Kiki didakwa melakukan khianat terhadap Toyota Corolla milik Sim dengan cara mengetuk bahagian depan dan atas bonet dan cermin depan kereta itu menggunakan pengunci stereng kereta menyebabkan mangsa kerugian RM500.

Wanita didakwa melakukannya di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, kira-kira jam 1.10 tengahari, pada 14 Julai lalu.
FotoSITI Fairrah atau Kiki ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk memberi keterangan pada 17 Julai. FOTO Bernama

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, video kejadian itu menjadi viral di laman sosial apabila memaparkan tindakan ganas seorang wanita membuli warga emas selelas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan. Sumber - BERNAMA




Era FM dan Hitz FM Dimaki Hamun Sebab Jemput Kiki Peugeot






kiki cdm 25 hitz fm
Fuh, nampaknya isu Kiki iaitu pemilik kereta Peugeot berplat nombor CDM25 yang mengamuk dan menghentam kereta warga emas, Uncle Sim dengan steering lock kerana keretanya dilanggar dari belakang masih belum selesai. Kiki sudahpun membuat permohonan maaf dan Uncle Sim juga sudah memaafkannya. Namun nampaknya orang ramai masih belum boleh terima permohonan maaf dari Kiki.
Ini kerana tindakan stesen radio Era FM dan juga Hitz.fm yang menjemput Kiki ke konti mereka untuk menceritakan apa yang berlaku dan buat permohonan maaf secara live tidak disenangi oleh orang ramai. Tindakan Era FM dan Hitz.fm itu telah mendapat reaksi negatif daripada orang ramai dan dicemuh menerusi komen di laman sosial Facebook mereka.
Ada beberapa komen yang memandang sinis usaha stesen radio berkenaan. Pada mereka, sewajarnya Uncle Sim yang dijemput kerana dia adalah mangsa. Ataupun paling tidak jemputlah kedua-duanya sekali. Semalam, menerusi TV3, ada juga disiarkan video Uncle Sim maafkan Kiki dan permohonan maaf Kiki yang dianggap tidak ikhlas kerana tidak menghadap kamera.
uncle sim vs kiki cdm 25kiki cdm 25 vs uncle simera fm kiki cdm 25 dikecam
Hmmm… Ammboi susah nak komen bab Kiki ni. Tapi kalau boleh, apa salahnya kita maafkan perbuatannya itu. Sedangkan Uncle Sim boleh maafkan. Inikan pula kita yang tidak ada kena mengena dalam kes mereka (selain ada dakwaan Kiki memalukan bangsa dan agama, jadi kitapun terkait juga).
Apa pendapat anda? Wajarkah Era FM dan Hitz.fm menjemput Kiki? Adakah ini satu tindakan yang salah? Apa pendapat anda mengenai tindakan Kiki terhadap Uncle Lim? Jom kongsikan pandangan ikhlas anda dibawah. Kalau boleh yang positif dan janganlah sampai mencarut bagai. Kalau rasa tak boleh hormat dah pada Kiki, hormatilah bulan baik ini, Ramadan Al-Mubarak…
Sumber: Ammboi




Kiki Kamaruddin Perempuan Peugeot Ditangkap Polis






KIKI diiring polis. FOTO Luqman Hakim Zubir



Kuantan: Polis menahan wanita yang bertindak keterlaluan terhadap seorang warga emas selepas terbabit dalam kemalangan di parkir kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, yang lebih dikenali sebagai Kiki, bergantung kepada hasil siasatan.

"Kita menahannya berhubung tindakannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan kita juga berkemungkinan untuk memanggil beberapa saksi lain untuk membantu siasatan," katanya.

Siti Fairrah tiba di IPD kira-kira jam 4 petang untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu dengan memakai baju kemeja biru dan bertudung hitam sambil ditemani ibu, bapa serta adiknya. - Sumber Metro




Kiki Kamaruddin Meniaga Lemang Stereng Lock








Pegh cemana ni? Sedap tak lemang cam ni?



Kereta Kiki Kamaruddin CDM25 Telah Ditemui








Inilah kalau orang kata terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata...hihihi femes semalaysia...

Follow citer kat sini ya.. Nak habaq mai video nielah perempuan mengamuk kereta dilanggar.Sepatutnya jangan la sampai jadi pembuli jalanan.Bersabar boleh cakap baik-baik kan... info penuh bit.ly/1kuK3ty tak pasai pasai popular satu Malaysia...




Uncle Sim Sudah Maafkan Perempuan Gila CDM25






Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian
"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya.

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.
FotoSIAK Heong ketika ditemu bual.

Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng. - Sumber Harian Metro





Gadis CDM25 Kena Histeria Jadi Biadap







 

Instagram Kiki Kamarudin Gadis Peugeot CDM25Histeria Terlajak Biadap Peugeot CDM25 Dilanggar

Malang tidak berbau. Apa yang berlaku ialah kereta seorang lelaki tua yang dipercayai berbangsa Cina telah tidak sengaja terlanggar belakang kereta Peugeot yang baru sahaja dimiliki oleh wanita tersebut dengan nombor plet pendaftaran CDM25. Kereta Peugeot itu yang tentunya mahal harganya disiasat akan tamat pendaftaran pada 22 Jun 2015.

Difahamkan kereta Peugeot warna putih itu didaftarkan bawah nama sebuah syarikat iaitu Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd. Anda boleh tengok pendaftaran kereta tersebut di sini - denaihati.com/gadis-peugeot-cdm25-terlajak-biadab/

Pemilik kenderaan Peugeot ini seorang wanita seperti terkena histeria mengamuk ke arah kereta yang melanggar bahagian belakang keretanya. Lebih menggemparkan ialah wanita itu membawa stereng kereta, mengetuk-ngetuk kereta yang dinaiki seorang lelaki tua berbangsa Cina yang tidak sengaja melanggar dari belakang. Perlakuan wanita itu tidak ubah seperti samseng dan amat memalukan.

Kredit: HasrulHassan.com




Facebook Peribadi CDM25 Ditutup Selepas Kena Maki





Facebook Peribadi Pemilik CDM25 Tutup

Kemungkinan besar Facebook dimiliki oleh wanita ini telah diserang oleh komen-komen dari pengguna lain yang berang dan tidak puas hati dengan apa yang telah diperlakukan oleh pemilik Kerja Kahwin Sdn. Bhd ini. Dan saya fikirlah, tak lama lagi mungkin Facebook Kerja Kahwin juga akan tidak wujud setelah ternampakkan beberapa komen ke fanpage tersebut.

Agak tidak wajar tindakan yang dibuat oleh wanita tersebut, apatah lagi setelah lelaki tua itu berkali-kali memohon maaf dan menyatakan hasrat akan membayar ganti rugi. Lagipun, kemalangan ini hanyalah kemalangan kecil yang tidak sepatutnya membawa kepada watak histeria wanita pemilik CDM25.
Inilah ujian Allah S.W.T ke atas hambaNYA agar sentiasa ingat dan tahu bersyukur. Ironinya kejadian ini telah mengingatkan pada satu status yang ditulis di dinding Facebook wanita Peugeot CDM25 pada Oktober 2013.
Kredit: HasrulHassan.com



Kiki Kamarudin Terbitkan Lagu Najwa Latif






Single terbaru Kiki Kamaruddin - Cinta Buku Lima dan Steering Lock

Single terbaru dari Kiki Kamaruddin ini pasti akan melingkupkan karier Cinta Muka Buku - Najwa Latif.
CD single ini boleh didapati di pejabat Kerja Kahwin.
Beli CD ni bayar cash RM2000 okay! Saya tak suka berhutang! Percuma steering lock RM2 (hanya untuk mereka yang berkereta Peugeot putih).
Sumber: Ohbloglagi