Histeria Terlajak Biadap Peugeot CDM25 Dilanggar
Malang tidak berbau. Apa yang berlaku ialah kereta seorang lelaki tua
yang dipercayai berbangsa Cina telah tidak sengaja terlanggar belakang
kereta Peugeot yang baru sahaja dimiliki oleh wanita tersebut dengan
nombor plet pendaftaran CDM25. Kereta Peugeot itu yang tentunya mahal
harganya disiasat akan tamat pendaftaran pada 22 Jun 2015.Difahamkan kereta Peugeot warna putih itu didaftarkan bawah nama sebuah syarikat iaitu Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd. Anda boleh tengok pendaftaran kereta tersebut di sini - denaihati.com/gadis-peugeot-cdm25-terlajak-biadab/
Pemilik kenderaan Peugeot ini seorang wanita seperti terkena histeria mengamuk ke arah kereta yang melanggar bahagian belakang keretanya. Lebih menggemparkan ialah wanita itu membawa stereng kereta, mengetuk-ngetuk kereta yang dinaiki seorang lelaki tua berbangsa Cina yang tidak sengaja melanggar dari belakang. Perlakuan wanita itu tidak ubah seperti samseng dan amat memalukan.