PETALING JAYA: Maklumat
terperinci mengenai Alhabsi Misaya, pemimpin Abu Sayyaf terkenal yang
dikatakan menahan seorang anggota polis marin, Konstabel Zakia Aleip
sebagai tebusan di selatan Filipina, mula tersebar.
Alhabsi adalah salah
seorang lelaki bersenjata yang bertanggungjawab memenggal kepala tujuh
pekerja kilang di Jolo, selatan Filipina pada 2007, seperti yang
didedahkan dalam satu video secara talian.
Klip video berdurasi 14
minit itu direkodkan oleh Alhabsi sendiri, memperlihatkan sekumpulan
lelaki membawa tebusan ke beberapa kawasan berbeza di dalam hutan
sebelum bertindak kejam ke atas mereka.
Muka tebusan pertama
dibiarkan tunduk dan kepalanya ditarik oleh salah seorang lelaki
bersenjata sebelum dipenggal menggunakan sebilah pisau.
Beberapa orang tebusan kemudian dibawa ke kawasan yang terletak berberapa ratus meter sebelum menerima nasib yang sama.
Alhabsi dilihat ketawa kecil semasa tebusan diperlakukan seperti binatang.
Rakaman itu
memperlihatkan pembunuhan kejam setiap pekerja secara terperinci dan
pada satu ketika, Alhabsi memfokuskan secara dekat ke arah kepala yang
dipenggal.
Kemudian, dia
memfokuskan kamera ke arahnya sekaligus memperlihatkan wajahnya dengan
jelas bahawa dia adalah lelaki yang dikenal pasti oleh pasukan perisikan
Malaysia dan Filipina sebagai salah seorang pemimpin Abu Sayyaf.
Di akhir rakaman, lelaki bersenjata mendekati tebusan yang tinggal dan mengikat tangannya sambil bertanya beberapa soalan.
Tebusan itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam hutan tetapi nasibnya tidak diketahui kerana rakaman tiba-tiba terhenti.
Kli video bertajuk
'Seven innocent people in Jolo, Sulu beheaded by Abu Sayyaf group'
dimuat naik ke laman You Tube oleh Raymond Penny pada Julai tahun lalu
dan ditonton lebih 5,000 orang setakat ini.
Tebusan tersebut yang
bekerja di kilang papan lapis berdekatan, diculik dan kepala mereka
dipenggal selepas syarikat tersebut enggan membayar wang peras ugut
kepada Abu Sayyaf bagi menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan
tersebut.
Nama Alhabsi, ahli
junior di dalam kumpulan tersebut, meningkat naik selepas melakukan
beberapa penculikan di pantai timur Sabah yang membabitkan wang tebusan
bernilai jutaan pesos. Sumber: mstar online