Igor Bezler Tembak MH17 Sampai Meletup






Berikut adalah transkrip daripada audio perbualan yang belum dapat disahkan kesahihannya yang dikeluarkan oleh Ahkbar Kiev Post.
FotoIGOR Bezler

Igor Bezler (IB): Kita baru sahaja menembak jatuh sebuah pesawat. Ia jatuh di Yenakeivo (Wilayah Donetsk).

Vasili Geranin (VG): Juruterbang. Mana juruterbang?

IB: Sedang mencari lokasi dan gambar pesawat. Ia berasap.

VG: Berapa minit sudah berlalu?

IB: Kira-kira 30 minit lalu.

Komen SBU - Selepas meneliti kawasan kejadian, pengganas menyedari mereka baru sahaja menembak jatuh pesawat awam. Perbualan seterusnya berlangsung 40 minit selepas itu.

Mejar (M): Ini adalah kerja orang Chernukhin yang menembak jatuh pesawat. Dari tempat pemeriksaan Chernukhin. Orang Cossack yang berpangkalan di Chernukhino.

Greek (G): Ya, Mejar.

M: Pesawat jatuh dari udara di kawasan lombong Petropavlovskaya. “200” pertama (kod laluan rahsia yang merujuk kepada orang mati). Kita menemui kumpulan ‘200’- kod untuk orang awam.

G: Baik, apa yang anda ada di sana?

M: Secara ringkas, ia 100 peratus pesawat penumpang (awam).

G: Berapa banyak orang ada di sana?

M: “S**l, serpihan jatuh betul-betul di atas kawasan perumahan.

G: Pesawat jenis apa?

SBU - Fasa ketiga perbualan membabitkan seorang Mejar dan Greek yang seolah-olah membawa komander Cossack Nikolay Kozitsin, menunjukkan bahawa kapal terbang Malaysia Airlines membawa pengintip.

M: Saya kurang pasti mengenai itu, Saya belum dapat melihat semuanya. Saya hanya meninjau kawasan kejadian di mana mayat pertama jatuh. Mereka masih terikat pada kerusi dan tali pinggang keselamatan.

G: Adakah sebarang senjata ditemui?

M: Tiada, sangat pasti, semuanya. Barangan awam, ubat-ubatan, tuala dan tisu tandas.

G: Ada sebarang dokumen ditemui?

M: Ya, seorang pelajar Indonesia, dari Universiti Thompson.

Militan: Mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez. Ia pesawat awam. Jatuh berhampiran Grabove. Banyak mayat wanita dan kanak-kanak. Orang Cossacks berada disana untuk melihat perkara ini.
Pihak TV memberitahu ia adalah pesawat penumpang AN-26, tetapi mereka kata ianya tertulis Malaysia Airlines di pesawat itu. Mengapa ia berada di wilayah Ukraine?

Nikolay Kozitsin: Maksudnya, mereka membawa pengintip. Mereka tidak sepatutnya terbang di sini. Peperangan sedang berlaku.