Showing posts with label malaysia airlines. Show all posts
Showing posts with label malaysia airlines. Show all posts

PEMAIN DAN PEGAWAI JDT BERLEPAS KE THAILAND | 16HB JANUARI 2016


Pemain dan pegawai kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah berlepas ke Thailand hari ini, 16hb Januari 2016 untuk perlawanan pra-musim sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Liga Asia (ACL) dan Liga Malaysia. JDT dijadualkan bertemu Chonburi FC pada 17hb Januari manakala Big Bang Chulalongkorn University FC pada 19hb Januari 2016. Semoga segala perancangan dan strategi untuk meningkatkan lagi prestasi yang direncanakan oleh Mario Gomez selaku Ketua Jurulatih JDT berjaya mencapai keputusan yang diharapkan. Luaskan Kuasamu Joho

Ukraine Sah Tembak Jatuh MH17







 
 
PETALING JAYA: Seorang pekerja pangkalan udara warga Ukraine mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 telah ditembak oleh jet pejuang Ukraine, lapor akhbar tabloid Rusia, Komsomolskaya Pravda.
Pekerja yang enggan dikenali itu mendakwa, sebuah jet pejuang Ukraine jenis Su-25 (gambar contoh) yang membawa peluru berpandu telah keluar dari pangkalan udara pada hari kejadian sebelum pulang tanpa peluru berkenaan.



Berdasarkan temubual yang diterbitkan pada Selasa, juruterbang pesawat pejuang itu didakwa kelihatan takut selepas tersilap menembak penerbangan awam milik Malaysia.
Sumber itu juga didakwa terdengar juruterbang berkenaan berkata, "tersilap pesawat" dan "pesawat itu berada di lokasi salah pada waktu yang tidak sepatutnya."
Jelasnya, terdapat tiga pesawat pejuang Ukraine berlepas dari pangkalan udara itu pada 17 Julai untuk melakukan serangan mengejut sebelum sebuah daripadanya pulang dengan tanpa peluru.
Ia dikatakan bertentangan dengan kenyataan pihak berkuasa Ukraine yang mendakwa tiada operasi dibuat pada hari berkenaan.
Berikutan dakwaan terbaharu itu, pasukan siasatan Rusia mula mengumpul bukti daripada individu berkenaan untuk siasatan lanjut.




MAS Akan Ditutup





MH17 Bloomberg hari ini melaporkan kemungkinan Malaysia Airlines (MAS) dinyahsenaraikan susulan kehilangan pesawat MH370 dan nahas MH17.

Dua tragedi itu lapor Bloomberg, berkemungkinan besar akan menoktahkan riwayat MAS sebagai syarikat senaraian awam.

Lapornya, pilihan yang ada buat MAS sekarang adalah menswastakan syarikat itu sehinggalah kepada mengisytiharkan kebankrapan.

Kedua-dua pilihan itu memerlukan MAS dinyahsenaraikan, laporan itu dipetik.

Bloomberg turut memetik penganalisis Maybank Mohshin Aziz yang berkata MAS kini tidak punya banyak masa lagi.

"Belum pernah ada syarikat penerbangan yang terpaksa mengharungi dua tragedi besar dalam jangka masa empat bulan," katanya.

Dagangan saham MAS ditutup pada harga 20 sen semalam. Khazanah yang merupakan syarikat milikan kerajaan, memiliki hampir 65 peratus kepentingan dalam MAS.
 


MH17 Laluan Ke Tempat Kejadian Diceroboh Lagi






MH17: Ukraine tidak dapat janjikan laluan selamat ke lokasi nahas - Liow
Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama Timbalan PM Ukraine Volodymyr Groysman
KIEV:
Kerajaan Ukraine tidak dapat menjanjikan bahawa mereka boleh mewujudkan laluan yang selamat untuk pasukan siasatan antarabangsa ke lokasi nahas penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang kini dikuasai kumpulan pemberontak Ukraine kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan berkata kerajaan Ukraine juga telah memaklumkan kepada Pasukan Penyiasatan Antarabangsa bahawa lokasi nahas adalah di bawah kawalan penuh oleh kumpulan pemisah dimana tiada hubungan komunikasi yang wujud antara kedua-duanya.

Pasukan Penyiasatan Antarabangsa termasuklah pegawai-pegawai dari Belanda, Malaysia, Britain dan Amerika Syarikat.

"Satu-satunya badan antarabangsa yang setakat ini telah berjaya mendapat laluan sementara untuk ke lokasi nahas adalah OSCE," kata Liow.

Isu keselamatan itu telah dibincangkan semasa mesyuarat beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine Volodymyr Groysman, yang juga pengerusi Suruhanjaya Khas Kerajaan Ukraine untuk MH17.

Turut hadir juga Menteri Infrastruktur Ukraine, Maksym Burbak dan Pengerusi Pentadbiran Penerbangan Awam Ukraine, Denys Antonyuk.

Mengenai dakwaan kumpulan pemisah mempunyai kotak hitam, Liow menegaskan bahawa bukti dari lokasi kemalangan itu tidak seharusnya diganggu.

Beliau berkata Malaysia amat bimbang bahawa keadaan asal lokasi nahas telah terjejas teruk.

"Ia adalah penting bahawa penyiasat antarabangsa diberikan laluan penuh dan tanpa halangan ke lokasi nahas ini," katanya dalam kenyataan itu.

Malaysia juga mahu semua mayat yang telah diambil dibenarkan untuk dituntut, dikenalpasti dan dibawa pulang.

Liow tiba di Kiev pada 1:10 malam waktu tempatan dengan disertai oleh Ketua Pengarah, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia,  Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Malaysia Airlines Tan Sri Md Nor Yusof.

Pasukan Malaysia yang terdiri dari 133 anggota termasuk dari pasukan penyelamat dan mencari, pakar forensik, pakar-pakar teknikal dan perubatan telah tiba di Kiev lebih awal iaitu pada pagi hari Sabtu lalu.


Sumber: http://www.astroawani.com



Pesawat MAS Tidak Selamat Lagi






MAS masih tersemat di hati rakyat Malaysia
Tragedi demi tragedi telah menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), namun, kepercayaan rakyat terhadap MAS kekal kukuh dan ia sentiasa tersemat dalam hati.
KUALA LUMPUR: Tragedi demi tragedi menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), namun, kepercayaan rakyat terhadap MAS kekal kukuh dan syarikat penerbangan itu sentiasa tersemat di hati mereka.

Rakyat Malaysia dan luar negara yang ditemubual oleh Astro AWANI sebelum mereka terbang ke destinasi masing-masing dengan pesawat MAS, menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada syarikat penerbangan itu.

Salim B. Man, yang merupakan seorang yang kerap menggunakan MAS untuk membuat perjalanannya, berkata dia tidak risau untuk menggunakan khidmat syarikat itu, walaupun selepas tragedi MH17.

“Saya akan membuat perjalanan ke Myanmar. Pertamanya, MAS mempunyai anak kapal yang terbaik di dunia. Saya pernah menggunakan perkhidmatan banyak syarikat penerbangan untuk menjelajah ke luar negara. MAS masih yang terbaik. Saya selalu membuat perjalanan dengan MAS.

“Keduanya, orang tidak tembak kapal terbang setiap hari. Tiada apa-apa yang salah dengan pengurusan atau penyelenggaraan MAS yang boleh menyebabkan kebimbangan.

“Saya akan bimbang jika kapal terbang jatuh kerana masalah penyelenggaraan.

“Ini adalah tentang orang jahat menembak sebuah kapal terbang, Jadi, saya mempunyai keyakinan yang sepenuhnya ke atas MAS," katanya.

Rakyat Perancis, Julien Chassagnevirol berkata ianya tidak adil untuk menuding jari terhadap MAS di atas kejadian yang berlaku secara ‘kebetulan’.

Dia juga berkata ini ‘bukannya tahun untuk MAS’.

“Untuk saya, ini bukan salah MAS. Ia adalah secara kebetulan pesawat itu ditembak jatuh. Saya masih mempunyai keyakinan untuk terbang dengan MAS. Tahun ini bukan tahun untuk MAS.

“Saya tidak rasa (tragedi ini berlaku kerana) masalah penyelenggaraan atau keselamatan, Malaysia adalah sebuah negara selamat. Saya telah berada di sini lebih kurang lapan ke sembilan bulan,” katanya.

Penjawat awam Nik Mastura Dyana Nik Mohamad, 50, berkata ini adalah masa untuk menyokong penerbangan itu dan bukannya menuding jari ke arahnya.

“Ini bulan salah sesiapa. Kita tidak boleh menuduh (MAS). Jadi, kita kena berdoa supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

“Saya tahu ini adalah sesuatu perkara yang sukar untuk ditangani oleh kerajaan tetapi MAS masih terbaik dari segi perkhidmatan dan lain-lain. Kita kena sokong MAS kerana ia penerbangan kebangsaan kita. Saya akan terbang dengan MAS pada bila-bila masa,” katanya.

Becky Walker, 43, berkata dia telah membeli tiket penerbangan ke Singapura seminggu sebelum kejadian itu dan tidak berhasrat untuk membatalkannya walaupun setelah mengetahui tentang tragedi MH17.

“Saya berasa sedih tentang mereka yang berada di dalam pesawat. Saya tiada masalah membuat perjalanan dengan MAS,” katanya.

Tragedi malang itu telah menyebabkan pekerja MAS terkejut dan semangat mereka menurun.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Malaysia (Nufam), Ismail Nasaruddin berkata insiden ini tidak boleh diterima oleh anak kapal.


Sumber - Astro Awani



Ziana Zain Hampir Mati MH17 Terselamat Dari Bencana






Emosi Ziana Ziana Zain
Biarpun tidak merasa beban dipikul, namun sebagai bekas pramugari dan lebih-lebih lagi suami yang masih bertugas di awan biru sebagai Ketua Pramugara Penerbangan Malaysia (MAS), tragedi MH17 yang ditembak lalu terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Russia, Khamis lalu, cukup menyentuh tangkai hati penyanyi terkenal, Ziana Zain.

Malah, impak nahas itu turut dirasai suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang seakan-akan tidak dapat menerima hakikat teman dan rakan sekerja pergi dengan cara yang menyayat hati.- Sumber Berita Harian




Saham MAS Terjunam Ekoran MH17






Photo: SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA....
Sudahlah MAS kerugian berbilion2 ringgit, saham MAS dilaporkan jatuh lagi ekoran tragedi MH17...

Untuk tahun ke 3 berturut-turut Parlimen menolak usul utk membahaskan kerugian MAS.. Alasan Speaker Dewan.. "isu ni tak perlu disegarakan dan bukan kepentingan umum...."

BERSYUKUR..!!! Selama ni rakyat terpaksa menjadi ATM pada MAS...yg kerugian yang amat besar saban tahun..!! sedangkan gaji pihak pengurusan MAS mencecah puluhan ribu setahun.. malah gaji CEO MAS mencecah RM100 ribu sebulan...!! Pasal itu MAS semakin lingkup...segala kelemahan bukan ditangani tapi dibiarkan menjadi barah....alasan mereka..?? apa nak kisah.. rakyat adalah ATM mereka..!!

Kerugian MAS....
2011 - RM2.52 Bilion
2012 - RM424.801 Juta
2013 - RM1,174 Billion
2014 - RM443 Juta (baru suku pertama 2014) !!!

MOHON #SHARE - SEBARKAN FAKTA!!!

Like✔ at ☛| www.facebook.com/suararakyatpage |☚

#suaraRakyat #SayNoToBN

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA....
Sudahlah MAS kerugian berbilion2 ringgit, saham MAS dilaporkan jatuh lagi ekoran tragedi MH17...

Untuk tahun ke 3 berturut-turut Parlimen menolak usul utk membahaskan kerugian MAS.. Alasan Speaker Dewan.. "isu ni tak perlu disegarakan dan bukan kepentingan umum...."

BERSYUKUR..!!! Selama ni rakyat terpaksa menjadi ATM pada MAS...yg kerugian yang amat besar saban tahun..!! sedangkan gaji pihak pengurusan MAS mencecah puluhan ribu setahun.. malah gaji CEO MAS mencecah RM100 ribu sebulan...!! Pasal itu MAS semakin lingkup...segala kelemahan bukan ditangani tapi dibiarkan menjadi barah....alasan mereka..?? apa nak kisah.. rakyat adalah ATM mereka..!!

Kerugian MAS....
2011 - RM2.52 Bilion
2012 - RM424.801 Juta
2013 - RM1,174 Billion
2014 - RM443 Juta (baru suku pertama 2014) !!!


- Sumber Suara Rakyat



Igor Bezler Tembak MH17 Sampai Meletup






Berikut adalah transkrip daripada audio perbualan yang belum dapat disahkan kesahihannya yang dikeluarkan oleh Ahkbar Kiev Post.
FotoIGOR Bezler

Igor Bezler (IB): Kita baru sahaja menembak jatuh sebuah pesawat. Ia jatuh di Yenakeivo (Wilayah Donetsk).

Vasili Geranin (VG): Juruterbang. Mana juruterbang?

IB: Sedang mencari lokasi dan gambar pesawat. Ia berasap.

VG: Berapa minit sudah berlalu?

IB: Kira-kira 30 minit lalu.

Komen SBU - Selepas meneliti kawasan kejadian, pengganas menyedari mereka baru sahaja menembak jatuh pesawat awam. Perbualan seterusnya berlangsung 40 minit selepas itu.

Mejar (M): Ini adalah kerja orang Chernukhin yang menembak jatuh pesawat. Dari tempat pemeriksaan Chernukhin. Orang Cossack yang berpangkalan di Chernukhino.

Greek (G): Ya, Mejar.

M: Pesawat jatuh dari udara di kawasan lombong Petropavlovskaya. “200” pertama (kod laluan rahsia yang merujuk kepada orang mati). Kita menemui kumpulan ‘200’- kod untuk orang awam.

G: Baik, apa yang anda ada di sana?

M: Secara ringkas, ia 100 peratus pesawat penumpang (awam).

G: Berapa banyak orang ada di sana?

M: “S**l, serpihan jatuh betul-betul di atas kawasan perumahan.

G: Pesawat jenis apa?

SBU - Fasa ketiga perbualan membabitkan seorang Mejar dan Greek yang seolah-olah membawa komander Cossack Nikolay Kozitsin, menunjukkan bahawa kapal terbang Malaysia Airlines membawa pengintip.

M: Saya kurang pasti mengenai itu, Saya belum dapat melihat semuanya. Saya hanya meninjau kawasan kejadian di mana mayat pertama jatuh. Mereka masih terikat pada kerusi dan tali pinggang keselamatan.

G: Adakah sebarang senjata ditemui?

M: Tiada, sangat pasti, semuanya. Barangan awam, ubat-ubatan, tuala dan tisu tandas.

G: Ada sebarang dokumen ditemui?

M: Ya, seorang pelajar Indonesia, dari Universiti Thompson.

Militan: Mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez. Ia pesawat awam. Jatuh berhampiran Grabove. Banyak mayat wanita dan kanak-kanak. Orang Cossacks berada disana untuk melihat perkara ini.
Pihak TV memberitahu ia adalah pesawat penumpang AN-26, tetapi mereka kata ianya tertulis Malaysia Airlines di pesawat itu. Mengapa ia berada di wilayah Ukraine?

Nikolay Kozitsin: Maksudnya, mereka membawa pengintip. Mereka tidak sepatutnya terbang di sini. Peperangan sedang berlaku.




Angeline Premila Krew Termuda Mati Dalam MH17






As the crew list has already been released to the media, Some MH crew have asked for us to pay our respects to our fallen colleagues.

Angeline was the youngest cabin crew member on flight #17 at just 30 years old. Her fellow crew describe her as "happy go lucky". A "very jovial and a good person at heart."

A beautiful life was stolen from our sky, and our profession today, she will be missed. 
Angeline adalah anak kapal kabin yang paling muda dalam penerbangan # 17 di berusia 30 tahun. Rakan-rakan anak-anak kapal beliau menggambarkan sebagai "gembira pergi bertuah". A "sangat periang dan seorang yang baik di hati."

Sebuah kehidupan indah yang dicuri dari langit, dan profesion kita hari ini, dia akan terlepas.
Sebagai senarai anak-anak kapal telah dikeluarkan kepada media, Sesetengah anak-anak kapal MH meminta kami untuk memberi penghormatan kami kepada rakan-rakan kami jatuh.

 















Sigut Kedit Jadi Ibu Tunggal Selepas MH17 Membawa Meling Muda Terhempas






Kuching: Seorang lelaki pekerja pelantar minyak berasal dari Bintulu dipercayai antara penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.
Mangsa Meling Mula, 48, dijadualkan pulang ke Bintulu semalam selepas bertugas di Vnezuela selama dua bulan.
Dia dikatakan transit di Amsterdam sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan seterusnya Bintulu.

Menurut isteri mangsa, Sigut Kedit,39, dia mengetahui mengenai kejadian itu melalui abangnya dan saya masih tidak percaya dengan maklumat yang diterima.
FotoANAK Maryline Sindu (baju hitam) ketika ditemui di rumahnya di Bintulu.

Katanya, dia masih tidak menerima maklumat rasmi daripada MAS tetapi abangnya sudah menghubungi syarikat penerbangan itu dan mengesahkan suaminya menaiki pesawat malang itu.

Meling meninggalkan tiga anak Maryline Sindu, 18; Benedict Bana, 15, dan Gabriel, 8.




Mengapa MH17 Lalui Zon Perang?






MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???



Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.

Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.

Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.

Sekian laporan daripada Brado Kapak.



Pesawat MH17 Tidak Patuh Arahan







kawasan pertempuran antara kerajaan Ukraine dan pemisah pro-Rusia dah keluar 3 bulan lalu. Macamana pulak MAS boleh cuai? Najib Razak, komen sket..

Bila check online semua laluan flight... Dlm beribu2 flight yg terbang, xda 1 flight pn yg lalu di laluan spt MAS... Depa mereka semua dok melencong dari sempadan 2 negara, laluan lain.... Tapi hanya MAS je berani lalu kat situ. Dan hasilnya... Nak salahkan siapa bila dah jadi camni??? Bende berlaku sekitar 300km dari sempadan Russia dan depa pun dh mengaku!! 295 org terkorban akibat lembap update 'laluan baru'..

KENAPA BENARKAN FLIGHT TERBANG DI KAWASAN 'PANAS'? Last2 nanti ada pulak yg kata pilot yg salah... Hishamuddin Hussein pulak x habis2 cakap pihak Malaysia masih menyiasat punca sebenar pesawat terhempas dan dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.. Bila kes MH370 terbelit2 duk pusing cerita . MH17 dah cukup jelas pun masih nak duk pusing cerita.. Adoiyai!!




MH17 Bukan Pesawat Pertama Ditembak Di Ukraine






Jika benar, MH17 bukan pesawat pertama ditembak jatuh
Nahas MH17 ini adalah yang paling buruk dalam sejarah industri penerbangan dunia
KUALA LUMPUR: Sekiranya benar andaian setakat ini bahawa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia, ia bukanlah insiden yang pertama seumpamanya.

Sekurang-kurangnya ada enam kejadian sepertinya sebelum ini, sama ada ditembak secara sengaja atau tidak sengaja. Bagaimanapun, nahas MH17 ini adalah yang paling buruk dalam sejarah industri penerbangan dunia. Penerbangan itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal.

Kerajaan Ukraine menuduh kumpulan pemberontak pemisah bertanggungjawab. Kumpulan itu bagaimanapun menafikan tuduhan dan mengatakan sebaliknya.

Berikut adalah enam insiden seumpamanya dengan satu daripadanya juga ada kaitan dengan Ukraine.

1955: El Al Israel Airlines ELAL402

Penerbangan ini berlepas dari London menuju ke Tel Aviv melalui Vienna dan Istanbul. Pada 27 Julai 1955, pesawat Lockeheed L-049 Constellation itu tersasar masuk ke ruang udara Bulgaria.

Ia ditembak jatuh oleh dua pesawat pejuang MiG-15 milik tentera udara Bulgaria dan jatuh terhempas dekat Petrich, Bulgaria. Semua 58 penumpang dan anak kapal terbunuh. Nahas ini berlaku ketika hubungan tegang antara blok timur dan barat semasa era Perang Dingin.

Ia juga nahas terburuk melibatkan Lockheed L-049 Constellation pada ketika itu. Bulgaria kemudian memohon maaf dan mengatakan juruterbangnya telah "tergesa-gesa."

1973: Libyan Airline 114

Pesawat ini dalam penerbangan dari Tripoli menuju ke Kaherah melalui Benghazi. Akibat cuaca buruk dan kegagalan berfungsi peralatan komunikasinya, ia tersasar masuk ke ruang udara yang dikuasai oleh Israel dekat Semenanjung Sinai.

Pesawat Boeing 727 ini dipintas oleh dua pesawat pejuang milik Israel. Ia ditembak jatuh selepas dikatakan enggan memberi kerjasama. Siasatan mendapati juruterbang pesawat itu menyangkakan dua pesawat pejuang itu adalah milik Mesir yang dikerah untuk mengiringinya.

Pesawat itu membawa 113 orang penumpang dan anak kapal. Lima daripada mereka terselamat termasuk pembantu juruterbang.

1978: Korean Airlines KAL902

Pesawat yang dalam penerbangan dari Paris ke Seoul ini mengalami gangguan peralatan.

Juruterbangnya tersilap membuat perkiraan dan terbang masuk ke ruang udara Kesatuan Soviet (ketika itu) di Garisan Artik. Tentera udara Soviet yang menyangkakannya pesawat pengintip melepaskan tembakan. Pesawat Boeing 707 itu kemudian membuat pendaratan kecemasan dekat sempadan Finland. Dua daripada 109 penumpang dan anak kapalnya terbunuh.

1983: Korean Airlines (KAL007)

Pesawat pemintas milik Soviet Union menembak jatuh pesawat Boeing 747 yang dalam penerbangan dari New York ke Seoul. Ia membawa 269 orang penumpang dan anak kapal termasuk seorang wakil rakyat Amerika Syarikat. Semua mereka terbunuh. Nahas ini terjadi ketika kemuncak era Perang Dingin.

Ia meningkatkan kempen anti-Soviet terutamanya oleh Amerika. Soviet pada awalnya menafikan kejadian tetapi kemudiannya mengaku bertanggungjawab lima hari selepas insiden.

1988: Iran Air IRA655

Kejadian ini berlaku ketika Perang Iran-Iraq dan ketika hubungan tegang antara Amerika Syarikat dan Iran. Tentera Laut Amerika tersalah sangka kononnya pesawat Airbus 300 itu adalah sebuah pesawat pejuang.

Selepas beberapa amaran, kapal perang USS Vincennes melepaskan dua tembakan misil yang satu daripadanya mengenai pesawat itu. Ia jatuh di Selat Hormuz, membunuh semua 290 penumpang dan anak kapal. Iran mendakwa pesawat tersebut telah sengaja ditembak jatuh. Amerika membayar kepada Iran sebanyak AS$101.8 juta sebagai ganti rugi.

2001: Siberian Airlines SBI1812

Pesawat ini dalam penerbangan dari Tel Aviv, Israel ke Novosibirsk, Rusia. Ia ditembak jatuh oleh misil dari Ukraine semasa terbang melintasi Laut Hitam. Siasatan mendapati tentera udara Ukraine melepaskan dua misil semasa latihan ketenteraan.

Semua 78 penumpang dan anak kapal maut.

Sumber: Awani



Kotak Hitam MH17 Dirampas Pengganas






MH17: Pemberontak Ukraine telah temui kotak hitam, lapor Interfax
Puak pemberontak Ukraine dilaporkan kononya telah menemui kotak hitam dari pesawat penerbangan Malaysia MH17.
KUALA LUMPUR: Kumpulan pemberontak Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur negara itu pada Khamis dengan 298 penumpang dan anak kapal.

Menurut laporan agensi berita Interfax,  kumpulan itu juga telah bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam berkenaan kepada pihak berkuasa keselamatan udara Rusia.

Kumpulan yang menamakan diri mereka Donetsk People's Republic itu memaklumkan kerjasama mereka dengan pihak berkuasa Rusia itu, menerusi satu kenyataan.

Pemimpin kumpulan itu, Andrei Purgin telah memaklumkan Interfax bahawa kotak hitam berkemungkinan besar akan diserahkan kepada Interstate Aviation Committee (IAC) di Moscow.

Pesawat MAS MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia. Ia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala lumpur kemudiannya disahkan terhempas.- Sumber Astro Awani




Malaysia Stewardess Angeline Premila Last Tweet Before Dead MH17






PETALING JAYA: Malaysian Airline stewardess Angeline Premila is believed to have been on the Boeing 777 which was shot down in Ukraine late Thursday night.
The Klang born who appears to be in her mid twenties had friends writing well wishes and prayers on her Facebook wall, for her safe return.
Her colleagues who had seen the crew manifest had written asking her to get in touch as soon as she is safe.
Earlier, The Ukraine Interior Minister said that all 295 people on board the KL bound plane was believed to be dead.
The plane which was due to have landed in Malaysia at 6am on Friday morning was from Amsterdam and was last known to have been in the Ukranian airspace.
Sources said the plane was "shot down" while it was cruising at an altitude of 10,000 metres.?
- Source The Star




Kaitan Pasukan Germany Dengan Tragedi MH17






Kerajaan Ukraine menuduh pemberontak pro Rusia menembak pesawat tersebut. Persoalan awal berkenaan kemampuan pemberontak pemisah menembak pesawat dalam ketinggian 10 ribu kaki.

Peluru berpandu yang digunakan untuk menembak pesawat tersebut. Kerajaan Ukraine menafikan mereka mempunyai keupayaan untuk menembak pesawat dalam ketinggian 10,000 meter,


Tragedi MH17, Boing 777, Tarikh 17/7/2014. Cantik nombor seperti pasukan Germany menang worl cup, angka 7.

Huruf G ialah huruf yg ke 7 dalam abjad
dan germany bermula dengan G"

-Nama germany mempunyai 7 huruf
-Germany berada di group G' atau group 7"
-Germany menamatkan peringkat kumpulan dengan 7 point.
-Germany telah menjaringkan 7 gol di peringkat kumpulan bertemu Portugal 4', ghana 2', dan USA 1'.
-Germany menjaringkan 7 gol menentang brazil.
-Kita berada dalam bulan ke 7 (july)
-Menjaringkan gol 7' minit sebelum tamat masa tambahan.
-Dan yang paling penting 2014 = 2+0+1+4 = 7
-Ia adalah perlawan germany yang ke 7.
-Tambahan pula ada 7 pemain Bayern Munich.



Senarai Penumpang MH17 Yang Terhempas Di Ukraine






MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

295 orang disahkan meninggal termasuk 15 anak kapal. Kebanyakan penumpang adalah pelajar Malaysia.


Senarai krew pesawat




TERKINI: Pesawat MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine 297 Penumpang Maut









Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat membawa 297 penumpang.


Sumber: MAS