Tunjuk perasaan untuk membantah kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza diadakan di kebanyakan bandar besar di seluruh dunia semalam.
Di London, 15,000 orang berarak menerusi bandar raya itu dari Downing Street, menuju ke kedutaan Israel di Kensington.
Anggota Parlimen yang disegani, George Galloway ketika berucap berkata: “Mereka mahu menghapuskan rakyat Palestin. Tetapi rakyat Palestin tidak akan menyerah.
“Kita akan menyokong mereka. Walaupun hanya seorang saja Palestin yang hidup, kita akan bersama-samanya.”
Seorang lagi anggota Parlimen dari parti Buruh, Diane Abbot berkata: “Saya berada di sini untuk menunjukkan perpaduan dengan penduduk Gaza. Kami menggesa supaya penjajahan di wilayah itu ditamatkan dan keadilan diberikan kepada rakyat Palestin.”
Penyokong pro-Palestin membawa sepanduk yang menggesa Israel menamatkan kekejamannya di wilayah Palestin itu.
Sambil berarak mereka melaungkan slogan bermaksud : ‘Kami semua rakyat Palestin,’ dan ‘Bebas, Bebas, Palestin.’
Tunjuk perasaan serupa juga diadakan di Perancis, Australia dan Amerika Syarikat, Chile, Perancis dan Belgium