Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Israel Target Malaysia







 
Israel mula sasar Malaysia?
=====

Hubungan baik Malaysia dengan kerajaan Hamas, seperti dibuktikan melalui pertemuan Najib dengan Ismail (kanan) di Gaza dilihat menimbulkan rasa tidak senang Israel.

Pendirian tegas Malaysia dalam menyokong pejuang Palestin untuk mendapatkan semula hak mereka yang dirampas negara haram Israel nampaknya semakin membuatkan rejim Zionis itu tidak senang duduk.

Terbaharu, The Jerusalem Post, iaitu media Israel yang digunakan untuk menghebahkan propaganda kerajaan Zionis semalam mendakwa seorang tentera Hamas dari unit Al-Qassam bersama sembilan anggota lain menjalani latihan di Malaysia pada 2012 tentang cara melakukan serangan merentasi sempadan menggunakan payung terjun.

Pendedahan tersebut kononnya dibuat oleh seorang komander Hamas kepada agensi keselamatan Israel, Shin Bet dalam siri soal siasat selepas beliau ditahan di Khan Yunis, Gaza pada 21 Julai lalu.

Anggota Hamas itu didakwa mendedahkan bahawa beliau menerima latihan dalam serangan menggunakan payung terjun serta cara menculik askar sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menentang serangan darat tentera Israel di Gaza.

"Suspek menyertai Hamas pada 2007 dan menjadi sebahagian daripada unit tentera Hamas, Al-Qassam.

"Beliau menjadi cekap dalam penggunaan senapang automatik Kalashnikov dalam pelbagai posisi menembak," menurut The Jerusalem Post.

Namun, laporan itu tidak menyebut pihak di Malaysia yang didakwa menyediakan latihan itu kepada anggota Hamas tersebut.

Sementara itu, laporan Astro Awani semalam menyebut, Hamas menafikan tuduhan Shin Bet itu.

Menurut pemimpin kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi, rejim Zionis mengolah propaganda itu untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled seperti dilaporkan Astro Awani.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa kerajaan dan rakyat negara ini dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled yang turut menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza menjadi perhatian dunia terutamanya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke wilayah tertindas itu dan bertemu dengan pemimpin Hamas yang juga Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh pada Januari 2013.

Lawatan Najib itu mendapat perhatian luar biasa dan liputan meluas media terutama di Amerika Syarikat kerana beliau merupakan pemimpin dari luar negara Arab yang pertama melawat Gaza.

Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menganggap lawatan itu sebagai langkah berani dan bersejarah oleh Najib.

"Malaysia sentiasa menerajui sokongan terhadap isu Palestin melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (di negara ini). Kami menggesa semua kerajaan yang adil untuk menuruti langkah Malaysia," menurut PCOM semasa mengulas lawatan itu.




Angelina Jolie Pertahankan Islam dan Arab Bukan Penjenayah









Angelina Jolie Pertahankan Islam dan Arab Bukan Penjenayah


OIC Kutuk Israel






Palestin
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Iyad Ameen Madani mengutuk perbuatan biadab Israel menyerang masjid di Semenanjung Gaza.

"Kini semakin jelas bahawa jentera perang Israel tidak berpuas dengan hanya menyembelih orang awam, memusnahkan rumah, membakar ladang dan menghancurkan infrastruktur," katanya dalam satu kenyataan OIC.

Sekarang, Israel menunjukkan sikap babarismenya itu terhadap tempat beribadat, tanpa sebarang perasaan malu kerana melanggar semua kod moral serta tidak langsung memperdulikan undang-undang peperangan, katanya.

Madani juga menggesa mana-mana daripada 57 negara anggota OIC "yang mempunyai hubungan dengan Israel" supaya menimbang semula hubungan mereka dengan sebuah kerajaan yang tidak menghormati sebarang undang-undang atau etika, termasuk prinsip asas kemanusiaan.

Beliau merayu kepada semua negara yang terus memberi perlindungan politik, justifikasi moral yang boleh diragukan serta membekalkan senjata pembunuh secara berterusan kepada Israel supaya menyedari bahawa mereka boleh dikaitkan melakukan jenayah perang yang amat dahsyat dan tidak terkira banyaknya.

Beliau berkata Israel nampaknya bukan sahaja melancarkan kempen keganasan untuk mengusir rakyat Palestin, tetapi juga menakluk mereka dari segi rohani dan menghalang mereka daripada menikmati kedamaian jiwa apabila berada di masjid.

Laporan antarabangsa menyebut jet pejuang Israel terus membedil Gaza, mengebom sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Jabaliya, utara Gaza City serta menyerang beberapa masjid berhampiran sekolah itu.

Kementerian Kesihatan Gaza dilaporkan berkata jumlah kematian di Gaza kini mencecah 1,732, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas akibat serangan tentera Israel sejak 8 Julai.

Madani menggesa umat Islam dan rakyat semua negara supaya mempamerkan tanggungjawab mereka dengan menggunakan apa jua alat politik,, ekonomi, budaya dan masyarakat sivil yang mereka miliki untuk mempertahankan hak rakyat Palestin untuk terus hidup, bebas daripada ketakutan serta hak untuk beribadat.

"Membisu terhadap jenayah yang dilakukan Israel kini tidak boleh lagi dianggap suatu opsyen," katanya. - Bernama



Laman Facebook Israel Diserang Rakyat Malaysia






Malaysia bersatu kutuk kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.   Malaysia bersatu kutuk kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.
SHAH ALAM - 'Serangan' bertali arus rakyat Malaysia terhadap laman rasmi Facebook Israel Defense Forces (IDF) menyebabkan ‘fanpage’ tersebut mengaku kalah.

Tindakan berani rakyat Malaysia menyebabkan ‘fanpage’ IDF menghalang akaun dari Malaysia untuk mengakses ke laman tersebut.

Menurut sumber Facebook Aman Palestin, IDF mula gusar dengan tindakan tersebut hinggakan terpaksa menyekat rakyat Malaysia daripada berbuat demikian.

“Ini satu kejayaan rakyat Malaysia yang telah menyerang akaun ini dengan penuh berani,” tulis laman Facebook NGO itu.

Memetik kenyataan itu lagi, kejayaan tersebut telah menyerlahkan sikap penakut Israel terhadap Malaysia.

“Siapakah di kalangan anda yang telah menyerang mereka? Penakut rupanya mereka dengan orang Malaysia.Tahniah Malaysia". - Sumber Sinar Harian




Israel Mula Sekat Ekonomi Malaysia




 
SHAH ALAM – Tidak mustahil sekiranya Malaysia dikenakan sekatan ekonomi kerana kelantangannya menentang tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Muka depan Sinar Harian hari ini

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kemungkinan itu mungkin berlaku dalam usaha Israel melumpuhkan ekonomi negara yang menyokong Palestin.

“Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997, 1998 dan 2008 boleh berulang. Harga bahan api, getah dan kelapa sawit akan naik mendadak dan kejatuhan ringgit boleh jejas ekonomi negara.

“Keterbukaan ekonomi Malaysia yang membuka ruang syarikat luar untuk melabur juga berisiko (terjejas) sekiranya negara luar (yang menganggap Malaysia sebagai penyokong pengganas) menarik balik pelaburan mereka di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil, kerana negara-negara Barat terutama yang menguasai ekonomi dunia mungkin mengambil kesempatan ke atas Malaysia pada bila-bila masa.

Media Israel kelmarin memetik agensi keselamatan negara itu, Shin Bet yang menuduh kononnya Malaysia dijadikan tempat latihan pejuang Hamas, sekali gus cuba melibatkan Malaysia dengan konflik itu.

Israel cuba pusing cerita

Kerajaan Hamas, yang dilantik rakyat Gaza untuk mentadbir wilayah itu melalui pilihan raya secara demokratik pada 2006 dilabel secara rasmi sebagai pengganas oleh beberapa kuasa Barat, menyebabkan ia tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan diharamkan mempunyai sebarang hubungan politik atau ekonomi dengan negara-negara tersebut.

Mengulas dakwaan media Israel mengenai Malaysia, Amir Hussin berkata Israel sedang membohongi diri mereka sendiri sedangkan rejim itu tahu pendirian tegas Malaysia dalam isu kemanusiaan.

"Ini adalah cubaan mereka untuk menjatuhkan negara kita. Negara luar sewajarnya menimbangkan laporan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar juga tidak menolak kemungkinan berlakunya sekatan ekonomi terhadap Malaysia atas dakwaan menyokong 'keganasan' dan pejuang Hamas.

“Dunia tahu pendirian Malaysia yang sejak dahulu lantang menentang kezaliman Israel dan sentiasa membantu dan menghantar misi kemanusiaan ke Gaza. Selama ini Malaysia membela nasib rakyat dan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.

“Hamas pula sebuah badan ditubuhkan untuk mentadbir Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. Secara tidak langsung, Malaysia dianggap menyokong Hamas, walaupun sebenarnya agenda utama Malaysia adalah membela mereka yang menderita di bumi Gaza,” katanya - Sumber SINAR HARIAN




Israel Serang Malaysia





  • Hubungan baik Malaysia dengan kerajaan Hamas, seperti dibuktikan melalui pertemuan Najib dengan Ismail (kanan) di Gaza dilihat menimbulkan rasa tidak senang Israel. Hubungan baik Malaysia dengan kerajaan Hamas, seperti dibuktikan melalui pertemuan Najib dengan Ismail (kanan) di Gaza dilihat menimbulkan rasa tidak senang Israel.
1 / 1
SHAH ALAM - Pendirian tegas Malaysia dalam menyokong pejuang Palestin untuk mendapatkan semula hak mereka yang dirampas negara haram Israel nampaknya semakin membuatkan rejim Zionis itu tidak senang duduk.

Terbaharu, The Jerusalem Post, iaitu media Israel yang digunakan untuk menghebahkan propaganda kerajaan Zionis semalam mendakwa seorang tentera Hamas dari unit Al-Qassam bersama sembilan anggota lain menjalani latihan di Malaysia pada 2012 tentang cara melakukan serangan merentasi sempadan menggunakan payung terjun.

Pendedahan tersebut kononnya dibuat oleh seorang komander Hamas kepada agensi keselamatan Israel, Shin Bet dalam siri soal siasat selepas beliau ditahan di Khan Yunis, Gaza pada 21 Julai lalu.

Anggota Hamas itu didakwa mendedahkan bahawa beliau menerima latihan dalam serangan menggunakan payung terjun serta cara menculik askar sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menentang serangan darat tentera Israel di Gaza.

"Suspek menyertai Hamas pada 2007 dan menjadi sebahagian daripada unit tentera Hamas, Al-Qassam.

"Beliau menjadi cekap dalam penggunaan senapang automatik Kalashnikov dalam pelbagai posisi menembak," menurut The Jerusalem Post.

Namun, laporan itu tidak menyebut pihak di Malaysia yang didakwa menyediakan latihan itu kepada anggota Hamas tersebut.

Sementara itu, laporan Astro Awani semalam menyebut, Hamas menafikan tuduhan Shin Bet itu.

Menurut pemimpin kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi, rejim Zionis mengolah propaganda itu untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled seperti dilaporkan Astro Awani.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa kerajaan dan rakyat negara ini dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled yang turut menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza menjadi perhatian dunia terutamanya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke wilayah tertindas itu dan bertemu dengan pemimpin Hamas yang juga Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh pada Januari 2013.

Lawatan Najib itu mendapat perhatian luar biasa dan liputan meluas media terutama di Amerika Syarikat kerana beliau merupakan pemimpin dari luar negara Arab yang pertama melawat Gaza.

Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menganggap lawatan itu sebagai langkah berani dan bersejarah oleh Najib.

"Malaysia sentiasa menerajui sokongan terhadap isu Palestin melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (di negara ini). Kami menggesa semua kerajaan yang adil untuk menuruti langkah Malaysia," menurut PCOM semasa mengulas lawatan itu. - Sumber Sinar Harian
 


Astro Sah Bersekutu Dengan Israel






Rangkaian penyiaran Astro mengakui bahawa syarikat itu melantik syarikat yang ditubuhkan di Israel, Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya.

Astro menjelaskan demikian dalam kenyataannya, susulan serangan penggodam yang mensasarkan halaman utama laman webnya, astro.com.my semalam.

Dalam kenyataan itu, Astro menjelaskan bahawa Amdocs kini berpengkalan di Amerika Syarikat dan diapungkan di pasaran saham negara itu.

"Ibu pejabat Amdocs utama terletak di Amerika Syarikat. Southwestern Bell yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperoleh 50% daripada kepentingan Amdocs pada tahun 1985.

"Hari ini, Amdocs dimiliki 100% secara institusi melalui penyenaraiannya di Bursa Saham NASDAQ," kata Astro menerusi laman Facebook rasminya petang tadi.

Astro menambah Amdocs mempunyai lebih 20,000 pekerja di 70 negara.

"Anak syarikat Amdocs yang dilantik oleh Astro telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia," kenyataan itu dipetik.

Serangan penggodam ke atas laman web Astro itu berlaku susulan pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi berhubung kontrak lumayan tersebut.

Asyraf yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu menyelar tindakan tersebut, yang tidak sensitif pada perkembangan konflik di Gaza, yang membunuh lebih 800 nyawa umat Islam.

Penggodam memuatkan imej warna bendera Malaysia dan Palestin dengan slogan “#OpSaveGaza”. Sumber-MalaysiaKini




Astro Sekutu Israel






Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang emar merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan, ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut,

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO. ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan. ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.

Saranan agar memboikot ASTRO, tidak akan berkesan. Astro bergantung sepenuhnya kepada bayaran daripada pelanggan dan pengiklanan. Daripada boikot ASTRO dengan tidak menggunakan khidmatnya, lebih baik boikot bayar bilnya.

Apatah lagi, ASTRO tidak akan boleh membangkrapkan para pelanggannya kerana tahap hutang yang boleh membankrapkan adalah RM30,000.01, bukannya RM300!!!

Biarkan ASTRO dengan Zionisnya dan memusuhi umat Islam... lagipun Ananda Krishnan bukannya berada atau tinggal di Malaysia. Dia di London, sama seperti Robert Kuok yang menjadi orang terkaya di Malaysia, tetapi tinggal di Hong Kong dan China!!! - Sumber : TheFlyingKick.blogspot.com


Israel Dikutuk Di Seluruh Dunia Dengan Caci Maki Najis Babi






Tunjuk perasaan untuk membantah kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza diadakan di kebanyakan bandar besar di seluruh dunia semalam.
Di London, 15,000 orang berarak menerusi bandar raya itu dari Downing Street, menuju ke kedutaan Israel di Kensington. 
Anggota Parlimen yang disegani, George Galloway ketika berucap berkata: “Mereka mahu menghapuskan rakyat Palestin. Tetapi rakyat Palestin tidak akan menyerah. 

“Kita akan menyokong mereka. Walaupun hanya seorang saja Palestin yang hidup, kita akan bersama-samanya.”
Foto
PENUNJUK perasaan pro-Palestin berarak di Istanbul.

Seorang lagi anggota Parlimen dari parti Buruh, Diane Abbot berkata: “Saya berada di sini untuk menunjukkan perpaduan dengan penduduk Gaza. Kami menggesa supaya penjajahan di wilayah itu ditamatkan dan keadilan diberikan kepada rakyat Palestin.”

Penyokong pro-Palestin membawa sepanduk yang menggesa Israel menamat­kan kekejamannya di wilayah Palestin itu. 

Sambil berarak mereka melaungkan slogan bermaksud : ‘Kami semua rakyat Palestin,’ dan ‘Bebas, Bebas, Palestin.’ 

Tunjuk perasaan serupa juga diadakan di Perancis, Australia dan Amerika Syarikat, Chile, Perancis dan Belgium



Konspirasi Zionis Buli Najib Dalam MH17 Terbongkar






Photo: This is true !!

Teori Illuminati tahap gaban....

Sila hadam dengan baik :P

This is true !!

Teori Illuminati tahap gaban....

Sila hadam dengan baik 


 



Israel, Amerika Syarikat dan United Nation Bodoh












Budak Kencing Bendera Israel










Hamas Tidak Akan Tunduk Pada Gencatan Senjata





Terkini |
Hamas; "Kami telah menyatakan sebelum ini bahawa apa-apa bentuk perjanjian perundingan gencatan senjata hanya ditentukan oleh kami(para pejuang) dan bukan oleh sesiapa yang selain kami.
Dan kami menetapkan bahawa mana-mana bentuk gencatan senjata haruslah mengikut syarat-syarat yang telah kami tetapkan..!!"



Arab Saudi Bina Shopping Mall Terbesar Dunia Tanpa Pedulikan Palestin





Photo: Gaza Bermandi Darah, Arab Sibuk Nak Buat Mall Terbesar Di Dunia!
Ketahui selanjutnya di......http://bit.ly/1sdG4t4

[IKLAN] Harga Promosi , servis naikkan like untuk 1000 hanya RM60! Jika berminat sila PM saya disini http://on.fb.me/1cTDZfh

IKLAN: Promosi tayar baru dan 2nd SUPERBIKE dari pelbagai model bermula dengan harga RM100 sahaja di https://www.facebook.com/speedbikestore

AR

Faro Saim KATA2 SEORANG TENTERA...wahai 0rg AWAM... jngan tanya npe PM x hantar kmi ke GAZA utk membantu mereka,tp tnya la dri kamu sndri,adakah kmu SEDIA nk MATI dlm PEPERANGAN?? kmi dah lme SEDIA,cma kmi PATUH pd UNDANG2 antarabangsa.. kalau b0leh segelintir dr kmi hendak sngat2 BRJUANG N men0long saudara2 seagama ,tp adakah kalian org awam sdah sedia nk menghadapi RISIK0 jika ngara kte DI SERANG BALAS..? adakah kalian sudah pnya Anak Bini Suami yg msih brayah? adakah kalian sangup melihat ahli keluarga anda dsiat2 KULIT dan d r0bek2 DAGING?? kmi sudah sedia menghadapi smua itu sbb kmi d AJAR n di LATIH utk MEMBUNUH dan d BUNUH..s0 fikir n renung2 kn lh wahai sahabt n saudara saudari ku....

Starbucks Hulur Bantuan Kepada Israel








Howard Schultz dan empayar kopinya. [Kredit]
Howard Schultz (nama pon dah tahu dia ni Yahudi!), pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbak adalah seorang Zionis yang aktif. Pada tahun 1998, dia telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Penghargaan Rakan Zion Sempena Ulangtahun ke-50 Israel' oleh Dana Jerusalem Aish HaTorah, sempena jasanya "... memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan hubungan baik antara Amerika Syarikat dan Israel." Aish HaTorah adalah sebuah badan ultra-kanan (hampir kepada fasis) yang banyak membiayai aktiviti-aktiviti Zionis Israel. Starbak dengan penuh bangganya mempamerkan anugerah ini di laman sesawang mereka; namun setelah kempen boikot mula menyemarak di seluruh dunia, anugerah ini secara tiba-tibanya dihilangkan. - Sumber Angel Pakai Gucci



MacDonalds Salur Bantuan Kepada Israel





[Kredit]

Kebelakangan ini saya perasan begitu banyak kereta ditampal dengan pelekat pandu-lalu Mek Dogol. Eh. MekDi. Pelekat Burger King dan KFC ada juga, tetapi jumlahnya tidaklah sebanyak MekDi, yang seolah-olahnya ditampal di cermin hampir semua kereta yang ada di Malaysia ini. Hohoho..
Hal ini mengalirkan peluh di tengkuk untuk golongan seperti saya, yakni mereka yang memboikot barangan keluaran dan buatan atau yang menyokong Zionis Israel laknatullah. Semakin banyak pelekat di cerminan kereta, maka ia menggambarkan semakin banyaklah pelanggan MekDi dan semakin banyak pula wang yang mengalir ke dalam negara haram Israel.

TIpulah kalau saya katakan saya tidak pernah menjamah MekDi. Malah pernah suatu ketika MekAyam merupakan burger kegemaran saya, ditambah pula dengan MekNaget dan kentang goreng panas yang lazat. Uuuurrrggghhh. Memang nikmat. Namun setelah mengetahui apa sumbangan MekDi terhadap negara haram Israel dan berapa ramai pula nyawa rakyat Palestin yang terkorban saban tahun disebabkan oleh kekejaman tentera Zionis, tidak tergamak saya untuk menjamah MekDi lagi. Malah, saya boleh berbangga kerana saya sudah bertahun lamanya saya tidak menjejakkan kaki ke dalam premis restoran makanan segera itu. Dah tak ingat pon macam mana rasa naget garing atau bubur ayan MekDi. Eh.

Ketika isu boikot ini berada di kemuncaknya beberapa tahun yang lalu ketika Gaza teruk dihambat dan dibelasah Israel, ramai rakyat Malaysia yang menyahut seruan boikot ini. Punyalah berkesan kempen ini sehinggakan pihak MekDi Malaysia terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyumbang apa-apa kepada Israel. Wahai, anda ingat kami ni bodoh lagi jahil? Mungkinlah anda tidak menyumbang secara terus kepada Israel atau tiada apa-apa upacara menyerahkan cek sumbangan kepada Benjamin Netanyahu. Tetapi hakikatnya, wang royalti yang anda bayar setiap tahun kepada MekDi itu kerana menggunakan jenama mereka, wang itulah yang disalurkan ke sana!
Tuduhan terhadap MekDi yang menyalurkan sumbangan kepada kerajaan haram Israel bukanlah suatu tuduhan melulu atau tanpa bukti. Dokumentasi yang rapi dan bukti-bukti yang kukuh memang amat jelas menunjukkan bahawasanya syarikat gergasi makanan segera itu sememangnya memberikan sumbangan yang signifikan ke arah pembangunan negara haram Israel. 
Makcik MekDi merupakan rakan karib kepada Dana Bersatu Yahudi (Jewish United Fund) dan Persekutuan Yahudi (Jewish Federation), yang mana kedua-dua badan ini adalah antara organisasi yang terkedepan dalam mendokong ideologi Zionis. Dana Bersatu Yahudi menyumbangkan $1.3 juta setiap tahun tanpa gagal kepada Israel untuk pembangunan dan penempatan Yahudi di Kiryat Gat - tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin, al-Manshiya dan al-Faluja pada tahun 1949.

Selain itu, tahukah anda restoran pertama Makcik MekDi di Timur Tengah adalah di negara haram Israel, yang dibuka pada tahun 1993? Makcik MekDi juga mengadakan suatu kempen di mana setiap sumbangan oleh pekerjanya kepada Dana Bersatu Yahudi, akan disamakan jumlah sumbangan tersebut oleh pihak mereka. Contohnya, restoran MekDi cawangan Chicago menyumbangkan $1 juta kepada dana tersebut, maka Makcik MekDi juga akan menyumbangkan $1 juta. Macam mana tak kaya Dana Bersatu Yahudi kalau macam tu! - Sumber Angel Pakai Gucci
 



TV Singapura Sokong Keganasan Israel







Apakah ini semua??? Benar ka??? Anda sendiri nilai ya...hehe