Difahamkan, ketika kejadian kenderaan itu gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar konkrit pembahagi lebuh raya sebelum terbalik di bahu kiri jalan.
Menurut sumber, dua anggota yang meninggal dunia dikenali sebagai Sarjan Bayong A/L Burma dan Koperal Che Muhammad Fatanah Che Ismail Mohd, 31, manakala anggota yang cedera ialah pemandu kereta perisai dikenali sebagai Lans Koperal Freedy A/L Banabas, 29, dan Koperal Mohd Syarifudin Abdullah, 36. - Sumber Harian Metro