Linda Saman Fizz Fairuz RM15,000






Seorang usahawan yang mahu dikenali sebagai Linda kesal dengan sikap lepas tangan pelakon popular Fizz Fairuz kerana gagal membayar semula wang berjumlah RM15,000 yang dipinjam pada Oktober tahun lalu.
Linda berkata keputusan membuat laporan polis dan dedahkan perkara itu adalah jalan terakhir untuk mendapatkan semula wangnya selepas pelbagai usaha dan rundingan dibuat dengan pelakon filem Mat Tudung itu menemui kegagalan.
“Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya,” ujar Linda kepada Harian Metro.
Linda berkata Fizz Fairuz meminjam duit daripadanya dengan alasan membuat pengubahsuaian rumah ibunya di Pahang.
“Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata tempat. Sekarang, bayar saja semula hutang saya. Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia mendiamkan diri dan mengelak”
”Saya sudah bagi peluang kepadanya secara baik tapi nampaknya dia yang nak perkara ini dibesarkan,” tambah Linda yang meminjamkan duit atas dasar persahabatan.
Namun, Fizz Fairuz melalui SMS kepada Linda yang beliau sudah memulangkan semua duit itu kepada pihak ketiga yang juga rakan Linda dan tidak mahu diganggu lagi.
Linda yang masih tidak menerima wang dijanjikan itu mengesyaki satu pakatan berlaku di antara Fizz dengan pihak ketiga, sekali gus membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.- Sumber ROTIKAYA