Kali pertama menyambut puasa sebagai isteri nyata memerlukan penyanyi terkenal, Misha Omar untuk membiasakan diri dengan keadaan itu. Selain teruja, Misha mengakui masih cuba untuk memahami selera suaminya, Firos Ezzwan Rossly. 
 
“Memang saya teruja kerana inilah tahun pertama saya berpuasa bersama suami dan anak. Walaupun masih belum bijak berada di dapur, tapi saya masih belajar memahami selera suami.
 
“Setakat ini saya sempat menyediakan juadah berbuka dan sahur buat mereka. Tambahan pula suami lebih gemar berbuka di rumah dan Adam pula bersemangat untuk berpuasa penuh tahun ini," ujar Misha yang dipetik daripada Sinar Harian. 
 
Tidak dapat lari daripada ditanya soal anak, Misha menyerahkan kepada ketentuan Allah SWT;
 
“Kami serahkan semua itu kepada ALLAH, tapi buat masa belum ada berita gembira seperti itu lagi. Sementara menunggu kehadiran cahaya mata, saya dan suami manfaatkan masa yang ada bersama."