OCBC Bank (M) Bhd dan anak syarikatnya, OCBC Al-Amin
Bank Bhd, akan menaikkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan
asas (BFR) berkuat kuasa 16 Julai.
Ini susulan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas.
Bank itu menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa BLR dan BFR akan disemak menaik kepada 6.85 peratus setahun daripada 6.60 peratus sebelumnya.
Sementara itu, kadar pinjaman gadai janji, alternatif kepada BLR bagi pinjaman perumahan, juga akan dinaikkan kepada 5.70 peratus setahun berbanding 5.45 peratus. - Bernama