
Sebelum ini kita tahu nama Subkhiddin je yang pernah jadi "pengadil ke-4" di World Cup 2010, tapi sebelum tu kita pernah ada wakil linesman Lt. Halim Abdul Hamid di (World Cup 1998) dan Mat Lazim Awang Hamad (World Cup 2002).
Tapi tak ramai yang tahu tentang Stanley Chou, seorang jurugambar legend yanbg dah 9 World Cup dia pergi ambik gambar bermula daripada World Cup Spain 1982.
Stanley Chou bertuah kerana menyaksikan sendiri peristiwa "Hand of God" Maradona di World Cup 1986 Mexico, yang mana pada edisi ini jugaklah gaya sorakan "Mexican Wave" dalam stadium telah terkenal ke seluruh dunia.
Berikut adalah 9 Edisi World Cup yang disertai oleh uncle legend ni :
1. Spain 1982
2. Mexico 1986
3. Italy 1990
4. USA 1994
5. France 1998
6. Korea & Japan 2002
7. Germany 2006
8. South Africa 2010
9. Brazil 2014
Gua salah seorang yang bertuah dapat jadi friend facebook dia, dapat gambar uptodate untuk World Cup kali ini. Tapi gua pun jarang bukak facebook dia, sebab sekarang ni bulan puasa.
Bukan apa, Stanley Chou ni bukan sahaja pakar shoot gambar aksi orang main bola, juga pakar shoot gambar busty babes dalam stadium, tak kurang juga pakar shoot gambar orang sedang berjemur tepi pantai.
Tak percaya carilah fb dia, gambar dia berjemur pun ada