Sigut Kedit Jadi Ibu Tunggal Selepas MH17 Membawa Meling Muda Terhempas






Kuching: Seorang lelaki pekerja pelantar minyak berasal dari Bintulu dipercayai antara penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.
Mangsa Meling Mula, 48, dijadualkan pulang ke Bintulu semalam selepas bertugas di Vnezuela selama dua bulan.
Dia dikatakan transit di Amsterdam sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan seterusnya Bintulu.

Menurut isteri mangsa, Sigut Kedit,39, dia mengetahui mengenai kejadian itu melalui abangnya dan saya masih tidak percaya dengan maklumat yang diterima.
FotoANAK Maryline Sindu (baju hitam) ketika ditemui di rumahnya di Bintulu.

Katanya, dia masih tidak menerima maklumat rasmi daripada MAS tetapi abangnya sudah menghubungi syarikat penerbangan itu dan mengesahkan suaminya menaiki pesawat malang itu.

Meling meninggalkan tiga anak Maryline Sindu, 18; Benedict Bana, 15, dan Gabriel, 8.