Malaysia bersatu kutuk kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.
SHAH ALAM - 'Serangan' bertali arus rakyat Malaysia terhadap laman
rasmi Facebook Israel Defense Forces (IDF) menyebabkan ‘fanpage’
tersebut mengaku kalah.Tindakan berani rakyat Malaysia menyebabkan ‘fanpage’ IDF menghalang akaun dari Malaysia untuk mengakses ke laman tersebut.
Menurut sumber Facebook Aman Palestin, IDF mula gusar dengan tindakan tersebut hinggakan terpaksa menyekat rakyat Malaysia daripada berbuat demikian.
“Ini satu kejayaan rakyat Malaysia yang telah menyerang akaun ini dengan penuh berani,” tulis laman Facebook NGO itu.
Memetik kenyataan itu lagi, kejayaan tersebut telah menyerlahkan sikap penakut Israel terhadap Malaysia.
“Siapakah di kalangan anda yang telah menyerang mereka? Penakut rupanya mereka dengan orang Malaysia.Tahniah Malaysia". - Sumber Sinar Harian