Menerusi gambar yang dikongsikan oleh jurugambar SYS Image, ternyata kemeriahan di majlis tersebut yang bertemakan serba putih apabila tetamu & hiasan serta deko di majlis itu juga serba putih. Manakala Rozita Che Wan memakai busana berona kuning lembut.
Rozita Che Wan terutamanya tampak berseri seri sepanjang majlis berlangsung dan pasangan ini dihujani dengan hadiah dari tetamu yang hadir terdiri dari ahli keluarga dan rakan terdekat. Pasti ramai yang tidak sabar menanti kelahiran bayi sulung pasangan ini ‘kan? (Sumber: ROTIKAYA)