Kejadian dikatakan berlaku apabila ahli keluarga di Pusat Reringatan Nirvana di Sungai Besi, Kuala Lumpur berang dengan wartawan yang terus merakamkan upacara berkenaan.
Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.
Seorang lelaki dipercayai kenalan ahli keluarga mendiang Subashni Jretnam dikatakan bertindak demikian bagi menghalang Aizuddin Saad mengambil gambar mereka.
Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat itu.
Menurut saksi kejadian, tidak sepatutnya kenalan mediang Paul Goes bertindak menumbuk jurugambar itu, ia adalah perbuatan yang tidak wajar.
Tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, namun dalam situasi ketika itu kita seharusnya memahami apa yang keluarga mangsa rasakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sumber www.astroawani.com