Showing posts with label india. Show all posts
Showing posts with label india. Show all posts

Aizuddin Saad Jurugambar NSTP Ditumbuk Sampai Berdarah Hidung Rakam Momen Jenazah MH17 India






Majlis penyempurnaan jasad seorang mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 kecoh apabila seorang ahli keluarga menumbuk seorang jurugambar NST.

Kejadian dikatakan berlaku apabila ahli keluarga di Pusat Reringatan Nirvana di Sungai Besi, Kuala Lumpur berang dengan wartawan yang terus merakamkan upacara berkenaan.



Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.

Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.




Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.

Seorang lelaki dipercayai kenalan ahli keluarga mendiang Subashni Jretnam dikatakan bertindak demikian bagi menghalang Aizuddin Saad mengambil gambar mereka.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat itu.

Menurut saksi kejadian, tidak sepatutnya kenalan mediang Paul Goes bertindak menumbuk jurugambar itu, ia adalah perbuatan yang tidak wajar.

Tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, namun dalam situasi ketika itu kita seharusnya memahami apa yang keluarga mangsa rasakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sumber www.astroawani.com



Foto Sebenar Makcik Korea Pakai Baju Al-Quran





Pengguna laman sosial digemparkan dengan penyebaran foto seorang wanita tanpa segan silu memakai baju bertulis ayat suci Al-Quran. Orang awam yang melihat kejadian itu mempersoalkan tindakan wanita berkenaan yang didakwa tidak menjaga sensitiviti umat islam.
Inilah gambar wanita memakai baju yang tertera ayat Al-Quran seperti yang tersebar di laman sosial:
Dan ini pula penjelasan sebenar disebalik isu ini:
Ternyata, wanita tersebut tidak sedar atau mungkin tidak faham apa yang tertulis pada baju tersebut dan tidak wajar sekiranya kita bertindak menyalahkan beliau dalam hal ini.
Dalam hal ini, pereka baju tersebut juga harus dipersalahkan kerana membuat baju yang sedemikian rupa.
Apa pula pendapat anda?

sumber: wowberita.org



Najib Razak dan Rosmah Mansor Disaman


 
Keluarga mendiang P Balasubramaniam menyaman sembilan individu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk memohon ganti rugi, kerana dipaksa berada dalam buangan di India selama hampir lima tahun.

Tindakan tersebut diambil selepas penemuan "bukti baru", kata peguam keluarga mendiang, Americk Sidhu dalam satu kenyataan medianya hari ini.





- MALAYSIAKINI