Pelakon terkenal, Shaheizy Sam telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada
4 September kerana kerana dijangkiti demam denggi. Keadaannya kini
dilaporkan masih belum stabil.
"Sejak dimasukkan ke hospital itu, dia memang kurang selera makan dan
minum. Cuma semalam, dia ada sedikit ceria dengan meminta makanan itu
dan ini. Hari ini dia mula demam balik dan paras platelet turun balik.
Sebagai ibu saya amat bimbang dengan keadaannya sekarang.
"Selama ini dia anak yang sangat bekerja kuat tanpa mengira masa dan
tenaga. Bila dia jatuh sakit, baru nampak pengorbanannya selama ini.
Saya akan tetap bersamanya sampai sihat, " ujar ibu Sam, Khaty Fauziah
yang dipetik menerusi Berita Harian.
Media Hiburan Online mendoakan agar kesihatan Sam kembali sembuh seperti sedia kala dan dapat terus berkarya. - Sumber Media Hiburan Online