Walaupun sudah lebihsebulan bergelar isteri, seri pengantin masih
terpancar di wajah Misha Omar. Mungkin dek kerana terlalu bahagia
menjalani kehidupan bergelar seorang isteri kepada Firos Ezzwan Rossly
yang selamat diijabkabul awal Mei lalu.
Jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya,
Misha Omar
berkata dia rasa sedikit rugi kerana kahwin di usia yang agak lewat
namun kekal percaya soal jodoh dan rezeki anak adalah kurniaan dari
Allah. Sebagai manusia, walau sejauh mana rancangan, tanpa izin
dari-NYA, mungkin sehingga kehari ini, dia masih belum berkahwin.
”Bukanlah saya menyesal kahwin lambat. Tapi saya percaya ada
hikmahnya. Ini di luar kuasa kita. Jodoh bukanlah keputusan kita sama
juga macam anak, cepat atau lambat, seronok kahwin, ada kawan.
Kadang-kadang rasa macam ada abang, ada ayah,” ujarnya ketawa.
Menjawab soal cahaya mata, dia tidak meletakkan sebarang target
kerana dia berkahwin di usia agak lewat bagi seorang wanita. Ditambah
dengan suami yang bertugas sebagai seorang juruterbang yang tidak punya
masa lapang yang banyak seperti orang lain.
”Jika Allah kata cepat, cepat. Kalau lambat pun saya terima. Saya
taknak stresskan diri sendiri & bebankan suami. Dia kerja yang tak
selalu ada dengan saya & tak boleh nak expect more”
Bermula dengan proses perkenalan, percintaan, melalui proses putus
cinta, kemudian bertunang dan kini selamat sebagai suami isteri. Dalam
jangka masa tersebut, pasangan ini lebih banyak memberi ruang kebebasan
kepada diri masing-masing.
Keluar Rumah Lupa Minta Izin Suami
Dan setelah berumahtangga, maka ini lah proses dimana masing-masing
belajar untuk satu fasa baru. Perkahwinan ini mendorong Misha untuk
lebih kerap ke dapur. Sebulan berkahwin masakan paling
extreme setakat ini dimasak untuk suaminya ialah Nasi Lemak.
Misha membongkar rahsia sejurus selepas majlis resepsi dari hotel,
dia pulang ke rumah ibunya dan meninggalkan suami, anak dan anak buah
lain tanpa memaklumkan kepada suami terlebih dahulu. Setelah dihubungi
baru dia sedar bahawa dia tidak memberitahu suaminya untuk keluar.
”Sebelum ni kita buat semua benda pun bersendiri. Dah terbiasa
berdikari tetapi sekarang dah tak boleh la. Nak kemana, saya akan inform
suami dulu. Begitu juga dengan dia. Bulan pertama ni sebagai bulan
adaptation untuk kami.” jelas Misha lagi.
Tambahnya semenjak berkahwin Firos jadi terlebih manja. Setiap kali,
Misha harus menghantar dan menjemputnya di lapangan terbang. Dan perkara
manis bagi Misha dari Firos adalah apabila sedang bekerja dia akan
menghantar mesej memberitahu kesunyian kerana perlu makan berseorangan
tanpa ditemani isterinya.
Dan semalam Misha bergegas pulang selepas ditemuramah kerana perlu
menyediakan makanan untuk suaminya. Awww sweet! Semoga kekal bahagia
pasangan ini hendaknya.
(rtky/bsr)
-
-
-
-
-
-