Semasa
era perang dunia ke-2 banyak kisah-kisah yang menyayat hati yang
berlaku kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan perang. Ada
yang dirahsiakan pengalaman itu dan ada juga yang menceritakan untuk
perkongsian anak-anak mereka. Kisah menyayat hati ini juga berlaku
kepada Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita ini
menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar,
bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.
Walaubagaimana
pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga
merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu
pada seorang wartawan tempatan di Berlin.
Woelk
bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun.
Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum
dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja
bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah
wanita muda.
“Hitler
sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia
memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia
memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.
Selama 2
setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler
langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.
“Dia seorang
vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran
terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan
selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.
Perang Dunia
ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada
kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat
beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan
kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus
dibayangi ketakutan akan diracun.
“Setiap
hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata
Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak
pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.
Semasa tentera
Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km
dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain
bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk
mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan
tentera Soviet.
Woelk selamat,
namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari
berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka
telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.
Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.
Woelk berusaha
membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia
alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam
kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak
pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.
Menjelang akhir
hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan
menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha
menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.