Showing posts with label ngeri. Show all posts
Showing posts with label ngeri. Show all posts

Kisah Tukang Masak Adolf Hitler Yang Mengerikan






Semasa era perang dunia ke-2 banyak kisah-kisah yang menyayat hati yang berlaku kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan perang. Ada yang dirahsiakan pengalaman itu dan ada juga yang menceritakan untuk perkongsian anak-anak mereka. Kisah menyayat hati ini juga berlaku kepada Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita  ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.


Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.


Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.
“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.


Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.
“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.
Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.


“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.




Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.
Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.
Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.
Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.
Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.




Segumpal Rambut Dalam Perut Ayperi Alekseeva Berjaya Dikeluarkan








Kyrgyzstan: Bebola rambut seberat 4 kilogram telah dijumpai di dalam perut seorang remaja perempuan, Ayperi Alekseeva, 18 sekaligus menjawab mengapa dia tidak boleh minum dan makan.


Perkara tersebut terjadi adalah susulan daripada tabiat pelik dan menjijikkan wanita tersebut yg mana suka mengutip rabut yg gugur dijumpainya diatas permaidani sebelum mengunyah dan menelannya.

Keadaan itu berlarutan selama bertahun-tahun hinggakan dia mengalami penghidratan yg teruk dan kekurangan zat makanan. Ia juga menyebabkan Ayperi hampir mati.

Menurut doktor yg merawatnya,Bahadir Bebezov, ibu bapanya membawa remaja itu ke hospital selepas dia mula kehilangan berat badan dan tidak boleh menelan makanan.

Dia akan mengalami kesakitan yg amat sangat meskipun hanya minum air.

“Ketika dia tiba di hospital, Ayperi langsung tidak boleh minum air dan dari situ kami sedar dia perlu dibedah selepas pembedahan dijalankan.

“Perutnya membengkak dan sebaik sahaja kami memotong perutnya, bebola rambut itu terus keluar,” katanya.

Selain tabiat pelik menelan rambut itu, Ayperi sebenarnya tidak mempunyai sebarang penyakit dan merupakan seorang remaja yg normal.

Dia kini sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan dan berjanji tidak akan menelan SERTA mengunyah rambut lagi selepas ini.

Dalam pada itu, doktor memaklumkan rekod perubatan sebelum ini menunjukkan tidak ada bebola rambut sebesar itu ditemui dalam tempoh 50 tahun. - Sumber Genpic



Isteri Shamsul Yusof Kemalangan Ngeri






Isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana terselamat dalam satu kemalangan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini. Kejadian tersebut telah dikongsi oleh ibu mertuanya Datin Patimah Ismail di laman sosial beliau.

"Alhamdulillah menantu saya Putri Sarah selamat dlm kemalangan kereta," kata Datin Patimah yang dipetik melalui FBnya.





Bagaimanapun, tidak diketahui punca nahas tersebut dan seteruk mana kerosakan kenderaan yang dinaiki oleh Puteri Sarah. Namun apa yang pasti, rasa syukur Datin Patimah itu tentunya bersebab.

Klik gambar untuk size besar




         ________________________




Satu Keluarga Meninggal Dunia Kemalangan Ngeri Kuala Kubu Baru






Satu keluarga meninggal...ahli syurga semuanya. Selamat.... pemandu Avanza tahniah kerana memandu cuai sehingga melanggar orang lain.

Yang DiPertua En Sham added 6 new photos.
Kejadian di selekoh sblm mrsm k.kubu baru..info avanza memotong x lepas bertembung dgn viva..alfatiha utk semua mangsa viva tersebut..ibu n ank meninggal di tmpt kejadian...manakala suami baru saja meninggal di hospital..