Mungkin tak ramai
yang kenal dengan Alda, atau nama penuhnya Alda Risma Elfariani. Alda
ditemui mati di sebuah hotel kerana disyaki mengambil d@d@h
yang berlebihan (overdose) ketika umurnya baru 24 tahun. Beliau adalah
penyanyi dari Indonesia yang pernah popular dengan lagu “Aku Tak biasa” .
Lagu terakhir sebelum beliau meninggal dunia adalah berjudul “Menanti
Kekasih”. Lirik dan ketawa yang ‘seram’ di dalam lagu ini boleh membuat
Bulu Roma meremang apabila didengar di waktu tengah malam ketika
bersendirian.
Untuk rekod, Alda
meninggal dunia kira-kira tiga hari selepas lagu ini disiapkan, namun
yang menjadi misterinya, tak siapa tahu siapa pencipta lagu ini. Lebih
menimbulkan misteri, bila ada yang mendakwa lagu ini hanya ditemui
selepas kematiannya. Sejauh mana kebenaran kisah Alda dan lagu
misterinya in Wallahualam.. Namun bersamalah kita sedekah Al-Fatihah
kepada arwah semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang-orang yang
beriman..
MENANTI KEKASIH
Malam sunyi ku sendiri
Duduk sepi diatas pohon
Ku biarkan rambut ku terurai
Tanpa kaki kelelawar
Anjing & bulan purnama
Ku menanti kekasihku
Yang belum mati
Kapan mati kekasihku
Ku menanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu (ketawa)
Mana mungkinku kembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti