Izreen Azminda Masih Bersilaturahim Dengan Suami


KUALA LUMPUR: Sekalipun sudah tidak sebumbung dan sekatil, Izreen Azminda dan bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin tidak melihat takdir perpisahan mereka pada 9 Jun tahu lalu sebagai noktah memutuskan silaturahim yang pernah terjalin. Malah kerana Adrian Umar, anak hasil perkongsian hidup mereka pada 31 Ogos 2012, pasangan ini sepakat memilih untuk tidak bermusuh. Bertemu Izreen sebentar tadi ketika sambutan ulang tahun hari lahir serta majlis akikah anak kesayangannya itu di Casa Ombak, Jalan Damai, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2013 itu memberitahu ia dianjurkan hasil persetujuan beliau dan bekas suaminya itu sejak sebelum raya lagi. Majlis itu sebagai bukti yang tiada dendam di antara dia dan Riza. Tetapi jika ada yang mengandaikan silaturahim yang bertaut itu sebagai alasan mereka akan merujuk atau dalam erti kata lain berkahwin semula, pengacara Mahligai Cinta di TV3 itu tidak melihat kemungkinan akan ada rasa cinta kembali terhadap Riza. Kata Izreen lagi, dia selesa menganggap Riza sebagai kawannya.