Showing posts with label Izreen Azminda. Show all posts
Showing posts with label Izreen Azminda. Show all posts

Izreen Azminda Makin Sunyi

KUALA LUMPUR 29 MAC 2016 - Sesi fotografi Pelakon, Izreen Azminda


NIAT asalnya cuma mahu meluahkan rasa hati yang sunyi yang sesekali singgah dalam jiwanya.
Namun Izreen Azminda tidak menyangka bahawa beberapa karangan luahan hati yang dikongsi di laman sosial miliknya menyebabkan ramai yang menganggap dia memberi isyarat sudah bersedia untuk mencari cinta baharu untuk menghiasi hidup solonya.
Sejak berpisah dengan bekas suami­nya,Muhammad Riza pada Jun 2014, Izreen masih belum menemui pengganti untuk bergelar suami dan bapa kepada anaknya, Adrian Umar yang kini berusia tiga tahun.
Menafikan bahawa dia sedang mencari cinta baharu, yang diluahkan di laman sosial cuma sekadar luahan rambang dan tidak bermaksud dia sedang memberikan isyarat tertentu.
“Saya muat naik luahan itu bukan kerana saya nak cari pengganti baharu dalam masa terdekat. Ya, memang saya ada rasa sebegitu tetapi sekadar perasaan yang datang seketika dan kemudian saya akan okey. Bahkan memang saya baik-baik saja.
“Kalau ada yang terbaca dan buat spekulasi sendiri, terpulang kepada mereka. Saya tak pernah peduli pun orang nak cakap kerana yang penting, saya tahu diri saya ,” katanya.
Turut mengulas mengenai gelaran 'ratu cinta lokasi’ yang terpalit kepada dirinya, Izreen cuma ketawa sambil berseloroh yang dia tidak pernah mengejar gelaran seperti itu.
Menganggap kebanyakan orang tidak tahu cerita di sebalik tabir dan cuma mendengar yang dicanang dek khabar angin, kata wanita berusia 31 tahun ini, dia bukannya sengaja mahu mencari kontroversi dengan cara begitu.
Terkini menerusi gosip dengan pelakon Redza Rosli yang bertebaran baru-baru ini.
“Saya sendiri hairan macam mana boleh timbul cerita saya bercinta dengan Redza. Nak juga tahu siapa yang buat cerita. Takkanlah kerana saya pernah kemalangan dengan Redza sebelum ini maka orang pun galak kaitkan saya bercinta dengan dia.
“Kemudian orang pun katakan, 'oh Izreen memang suka terjebak dengan cinta lokasi, memang itulah sasaran dia, mudah sangat jatuh cinta dengan pasangan pelakon di lokasi.'
“Kata-kata begitu sebenarnya buat saya terfikir, kenapa orang cepat buat andaian? Saya berkawan saja dengan dia, bukannya bercinta pun,” katanya.

Izreen Azminda Masih Bersilaturahim Dengan Suami


KUALA LUMPUR: Sekalipun sudah tidak sebumbung dan sekatil, Izreen Azminda dan bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin tidak melihat takdir perpisahan mereka pada 9 Jun tahu lalu sebagai noktah memutuskan silaturahim yang pernah terjalin. Malah kerana Adrian Umar, anak hasil perkongsian hidup mereka pada 31 Ogos 2012, pasangan ini sepakat memilih untuk tidak bermusuh. Bertemu Izreen sebentar tadi ketika sambutan ulang tahun hari lahir serta majlis akikah anak kesayangannya itu di Casa Ombak, Jalan Damai, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2013 itu memberitahu ia dianjurkan hasil persetujuan beliau dan bekas suaminya itu sejak sebelum raya lagi. Majlis itu sebagai bukti yang tiada dendam di antara dia dan Riza. Tetapi jika ada yang mengandaikan silaturahim yang bertaut itu sebagai alasan mereka akan merujuk atau dalam erti kata lain berkahwin semula, pengacara Mahligai Cinta di TV3 itu tidak melihat kemungkinan akan ada rasa cinta kembali terhadap Riza. Kata Izreen lagi, dia selesa menganggap Riza sebagai kawannya.

Amar Baharin Pening Memilih 2 Janda Samada Erra Fazira atau Izreen Azminda





  • Amar Baharin
1 / 1
DRAMA Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) kini mencetuskan fenomena di slot Akasia TV3 sehingga tidak keterlaluan untuk penulis katakan, ramai yang menanti drama itu setiap jam 7 malam.

Dek kerana drama itulah, nama dua gandingan utamanya, Amar Baharin dan Izreen Azminda menjadi perhatian ramai.

Keserasian mereka di dalam drama itu, membuatkan ada pihak mula mengada-adakan cerita bahawa Amar dan Izreen kini menjalinkan hubungan cinta sekali gus, Amar dituduh punca perceraian aktres itu dengan bekas suaminya, Riza Baharuddin Jun
lalu.

Buktinya kelmarin, sebuah artikel (bukan Sinar Harian) disiarkan mengenai kisah sebenar di sebalik penceraian Izreen sekali gus mengheret nama Amar di dalam masalah rumah tangga aktres itu.

Artikel tersebut mendedahkan hubungan Izreen dan Amar mula disyaki melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu semasa mereka menjalani penggambaran KTAR.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Amar memberi jawapan menerusi laman Instragramnya bahawa, dia tidak memerlukan publisiti seperti itu untuk mempromosikan drama KTAR kerana peminat lebih pandai menilai kualiti dari khabar angin yang tak sahih.

Malah tatkala ditebak Zass mengenai perkara sama, Amar berkata, biarlah orang menyebarkan fitnah itu menanggung dosa.

"Yang pasti, apa yang diperkatakan dalam artikel itu tidak betul dan biarlah orang yang menyebarkan menanggung dosa," katanya.

Amar yang sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Primadona filem Malaysia, Erra Fazira berkata, dia melihat perkara ini kerana pengaruh KTAR.

"Bagi saya ini cuma sebahagian permainan industri hiburan. Tak ada gosip, kurang rencah dan sendu pula industri nanti," ujarnya.

Menyentuh perihal hubungannya dengan Izreen selepas gosip tersebut disiarkan, Amar berkata : "Tidak ada apa-apa yang terjejas antara saya dan Izreen kerana memang jelas kami tidak mempunyai apa-apa hubungan.

"Selepas penggambaran drama itu berakhir, kami buat hal masing-masing," jelasnya.


Pengaruh Tajul Razin

Membawakan watak Tajul Razin dalam drama KTAR, Amar mengakui popularitinya sedikit berubah sejak menjayakan drama itu.

"Bagi saya terkenal atau tidak, saya tetap hidup biasa seperti sebelum ini. Cuma sekarang ini, saya nampak nama Amar Baharin kerap keluar di akhbar, majalah.

"Apa pun saya percaya watak Tajul Razin itu  tetap memberi kesan. Banyak cabaran perlu saya pikul dalam membawa watak itu," katanya. - Sumber Sinar Harian



Amar Baharin Suka Anak Comel Si Janda Izreen Azminda







Isu & Kontroversi
Adakah Awak Bibik Saya?   Izreen Berang Gosip Cinta Dengan Amar Diperbesarkan
Orang lain nak bercerai, orang lain yang panas? Begitulah agaknya perasaan apabila soal perceraiannya menjadi tohmahan pelbagai pihak. Bayangkanlah jika perkara itu terjadi pada diri kita kan.
Buat mereka yang masih belum update mengenai isu ini, kelmarin Amar Baharin telahpun menyelar dakwaan yang mengatakan bahawa dirinya menjadi punca perceraian Izreen Azminda dengan suaminya, Riza.
Artikel Berkaitan: Gosip Cinta Dengan Izreen Azminda : Amar Baharin Lepas ‘Geram’ Di Instagram
Terbaru, giliran Izreen pula yang membidas fitnah tersebut dan mahu penulis artikel itu menghormati kehidupan peribadinya. Siapa yang tak marah kan? - Sumber OhBulan




Izreen Azminda Dan Bekas Suami Masih Sayang





Adakah Awak Bibik Saya?   Izreen Berang Gosip Cinta Dengan Amar Diperbesarkan
Luahan perasaan Izreen Azminda
Betul juga kata Izreen itu. Tatkala dia dan bekas suami masing-masing dah move on dan bina kehidupan masing-masing, ada pula pihak yang cuba bakar line.
Apapun, jodoh ajal dan maut semuanya di tangan Allah SWT. Rasanya, daripada sibuk menabur fitnah, lebih baik kita sama-sama mendoakan kebahagiaan Izreen dan juga anak tunggalnya yang comel itu. Tak gitu? - Sumber OHBULAN



Amar Baharin Langgar Edah Si Janda Izreen Azminda






MESRA... Gambargambar ini menyebabkan Izreen Azminda dikutuk peminat.
RAMAI yang mempersoalkan kewajaran Izreen Azminda memuat naik gambar mesra dengan pelakon Amar Baharin baru-baru ini.
Paling terkesan apabila gambar mesra tersebut dipertontonkan semasa pelakon itu masih lagi dalam tempoh edah selepas disahkan bercerai 9 Jun lalu.
Tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu isu yang perlu diperbesar-besarkan, Izreen tidak menafikan sama sekali dia seharusnya menjaga tatasusila sepanjang tempoh edah tersebut.
Namun tegasnya gambar yang dimuat naik itu dibuat atas dasar kerja semata-mata.
"Saya tahu ramai yang mempersoalkan perkara tersebut. Tapi gambar antara saya dan Amar Baharin hanyalah untuk tujuan promosi drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.
"Gambar-gambar itu hanya untuk menarik perhatian peminat untuk menonton. Tak lebih pun daripada itu. Sebab itu saya anggap apa sahaja komen negatif peminat tidak menjejaskan apa-apa.
"Mereka kena tahu mengapa saya buat macam itu dan bukannya menghentam semata-mata," jelas Izreen kepada Pancaindera.
Pun begitu Izreen meminta agar peminat tidak melihat gambar tersebut sebagai sesuatu yang peribadi sebaliknya itu sebahagian antara babak cinta dalam drama bersiri berkenaan.
Bagi Izreen, meskipun masih dalam tempoh edah dia masih perlu ke lokasi penggambaran memandangkan itu merupakan sumber rezekinya.
"Saya terikat dengan kontrak tak mungkin saya akan duduk di rumah sepanjang tempoh edah.
"Bagaimanapun penggambaran drama tersebut sudah pun berakhir dan selepas ini saya boleh kurangkan sedikit aktiviti luar," tegasnya.
Ketika ditanya tentang reaksi peminat terhadap perkara berkenaan, Izreen tidak menafikan menerima banyak komen-komen negatif daripada peminat di laman sosial miliknya.
Jauh sekali untuk marah atau berkecil hati dengan perkara itu, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan menjadikan semua komensama ada yang positif mahupun negatif sebagai iktibar.
Penceraian
Baru dua tahun bergelar isteri kepada Muhamad Riza Baharuddin akhirnya hubungan mereka itu terputus di tengah jalan.
Enggan menyalahkan mana-mana pihak bagi Izreen isu cerai tersebut sudah berakhir secara baik awal bulan lalu.
Bagi pelakon ini dia bersyukur kerana kemelut yang melanda dirinya dan bekas suami sudah berakhir dan lebih menyenangkan apabila masing-masing tidak menyalahkan antara satu sama lain.
"Dua tahun kami berkahwin dan akhirnya hubungan itu tak dapat diselamatkan lagi. Saya sebenarnya sedih dengan perpisahan ini tapi mungkin itu jalan yang terbaik buat kami.
"Mujur ada keluarga yang banyak memberikan sokongan. Apa sahaja yang berlaku mereka tetap memberikan kata-kata semangat dan tak mahu saya mengalah dengan perasaan," jelasnya.
Tidak menafikan perasaan kekok untuk kembali hidup sendirian, Izreen mengakui perlu kuat semangat untuk mengharungi hidup bergelar janda.
Dalam fasa ini dia perlu membuktikan status bukan halangan untuk melakukan yang terbaik kepada dirinya.
Tentang hubungannya dengan bekas suami, Izreen menganggap mereka baik-baik sahaja.
"Saya dan bekas suami masih okey. Kami masih berhubung antara satu sama lain tetapi hanya kerana anak sahaja. Saya diberi hak penjagaan anak tetapi dia boleh mengambil anak bila-bila masa sahaja.
"Setakat itu komunikasi kami. Tak lebih daripada itu. Dan saya juga bersyukur kerana dia masih mengambil berat tentang komitmen penjagaan anak termasuk membeli barang-barang keperluan," jelasnya.
Kredit: Utusan Melayu (M) Bhd