
4.Mac.1918 - Kes pertama selesema Sepanyol dikesan di Fort Riley, Kansas, menjadi permulaan wabak dahsyat yang merebak ke seluruh dunia.
Pandemik selesema 1918 (biasanya disebut Selesema Sepanyol) merupakan pandemik influenza kategori 5 yang bermula di Amerika Syarikat, muncul di Afrika Barat dan Perancis, lalu tersebar hampir ke seluruh dunia. Pandemik merupakan yang pertama disebabkan oleh virus influenza A subjenis H1N1. Kebanyakan yang mati akibat selsema ini adalah para belia, berbeza dengan kebanyakan wabak selsema lain, yang meragut nyawa kanak-kanak, orang tua dan pesakit-pesakit lain yang daya tahannya kurang.
Selsema Sepanyol terjadi dari Mac 1918 hingga Jun 1920, dan tersebar sehingga ke Artik dan kepulauan Pasifik. Diperkirakan 50 hingga 100 juta orang di seluruh dunia terkorban, menjadikannya antara bencana alam paling membawa maut di dunia...