Showing posts with label nyawa. Show all posts
Showing posts with label nyawa. Show all posts

Selsema Sepanyol Dikesan


4.Mac.1918 - Kes pertama selesema Sepanyol dikesan di Fort Riley, Kansas, menjadi permulaan wabak dahsyat yang merebak ke seluruh dunia.
Pandemik selesema 1918 (biasanya disebut Selesema Sepanyol) merupakan pandemik influenza kategori 5 yang bermula di Amerika Syarikat, muncul di Afrika Barat dan Perancis, lalu tersebar hampir ke seluruh dunia. Pandemik merupakan yang pertama disebabkan oleh virus influenza A subjenis H1N1. Kebanyakan yang mati akibat selsema ini adalah para belia, berbeza dengan kebanyakan wabak selsema lain, yang meragut nyawa kanak-kanak, orang tua dan pesakit-pesakit lain yang daya tahannya kurang.
Selsema Sepanyol terjadi dari Mac 1918 hingga Jun 1920, dan tersebar sehingga ke Artik dan kepulauan Pasifik. Diperkirakan 50 hingga 100 juta orang di seluruh dunia terkorban, menjadikannya antara bencana alam paling membawa maut di dunia...

SMS Cabut Nyawa






Kuala Lumpur: ‘Lu (awak) mahu mati sendiri (bunuh diri) atau kita buat lu mati sakit. bayar hutang! jangan mahu lari’. Itu adalah antara SMS ugutan diterima seorang mekanik motosikal selepas gagal menjelaskan hutang ceti haram yang digunakan untuk bertaruh judi bola sepak Piala Dunia.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 35, memberitahu dia kini hidup ibarat pelarian gara-gara berhutang ceti haram (along) membabitkan jumlah RM20,000 pada 29 Jun lalu.
Menurutnya, dia meminjam wang daripada seorang along yang menawarkannya pinjaman bagi pertaruhan bola sepak membabitkan perlawanan pusingan kedua antara Uruguay dan Colombia.

“Saya meletakkan semua wang pertaruhan pada ‘bookie’ kerana yakin 100 peratus Uruguay mampu membelasah Colombia.
Foto LAN menunjukkan mesej ugutan bunuh yang dihantar along.

“Malah, kelibat bintang penyerang Uruguay seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani menyebabkan saya yakin pasukan itu mampu mencatatkan kemenangan besar, sekali gus memasuki pusingan suku akhir Piala Dunia,” katanya.

Menurutnya, along itu yang turut memberi pinjaman kepada beberapa rakannya di sebuah kopitiam di Rawang di sini, kemudian memberikannya wang berkenaan dengan syarat dia membayar RM1,200 seminggu termasuk faedah pinjaman sekitar 10 peratus.

“Dia hanya mahukan salinan Mykad saya selain lokasi bengkel saya bekerja. Saya tidak fikirkan risiko ketika itu kerana yakin pertaruhan itu berbaloi dan saya akan mendapat pulangan berganda.

“Sebelum ini saya pernah bertaruh dan menang,” katanya.

Dia yang bertaruh dengan memasukkan wang ke dalam akaun bank ‘bookie’ bagaimanapun hampir pitam apabila pasukan Uruguay tewas kepada Colombia.

“Ketika itu barulah saya tahu sukar untuk membayar RM1,200 seminggu atau RM4,800 sebulan berikutan gaji saya hanya sekitar RM2,000 sebulan,” katanya.

“Saya cuba hubungi Along dan minta supaya jumlah bayaran hutang itu dikurangkan. Namun permintaan saya itu ditolak kerana Along mendakwa saya sudah bersetuju dengan syarat sebelum ini.

“Malah Along minta saya dapatkan bantuan dari ahli keluarga dan dan jual kereta jika tidak mampu bayar hutang itu. Malah Along berulang kali menghantar SMS dan datang ke bengkel saya meminta hutang berkenaan,” katanya.

Akibat tak dapat membayar hutang itu, mangsa bertindak mengambil ‘cuti’ dan lari bersenbunyi di rumah adiknya di Ampang. - Sumber MyMetro




Bom Meletup Dalam Pusat Beli Belah 21 Orang Htam Mati





Penduduk menyaksikan bangunan pusat beli-belah terbakar selepas sebutir bom meletup di Abuja, Nigeria, kelmarin. - AGENSI
ABUJA 26 Jun - Pihak berkuasa Nigeria menahan seorang suspek, manakala seorang lagi suspek mati ditembak selepas satu kejadian letupan bom mengorbankan seramai 21 nyawa di sebuah pusat membeli belah di sini.
Kejadian itu berlaku semalam di Plaza Emab pada pukul 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia), lapor Agensi Pengurusan Hal Kecemasan Negara (NEMA), ketika pengunjung sedang membeli-belah, sejam sebelum perlawanan Piala Dunia antara Nigeria dan Argentina.
"Jumlah mangsa terkorban seramai 21 orang, manakala 17 yang lain cedera," kata jurucakap polis, Frank Mba yang menambah, seorang suspek telah ditangkap.
Dalam pada itu, Pusat Maklumat Kebangsaan melaporkan, suspek kedua telah ditembak mati oleh tentera ketika cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Jurucakap kerajaan, Mike Omari mengesahkan letupan tersebut merupakan serangan bom, namun tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden itu.
"Letupan itu berlaku ketika pusat membeli-belah itu sibuk dan sebanyak 40 kereta turut musnah," katanya.
Pasukan tentera, polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian serta mengepung lokasi tersebut yang terletak di tengah-te-ngah dua pusat membeli-belah.
Seorang anggota tentera yang enggan dikenali memberitahu wartawan, dua suspek cuba melarikan diri ketika ditahan, namun seorang daripada mereka ditembak mati ketika cuba melarikan diri. - AFP