INFRASTRUKTUR DAN PRASARANA TERKINI DI JDT

INFRASTRUKTUR DAN PRASARANA TERKINI DI JDT
Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan sahaja sebuah kelab yang serba lengkap dari segi pengurusan profesional tetapi kemudahan dan kelengkapan latihan pemain juga sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pusat gimnasium baru JDT yang terletak bersebelahan gimnasium sedia ada di Padang Seri Gelam bakal siap sepenuhnya tidak lama lagi. Ia akan dilengkapi dengan peralatan terkini dan berteknologi tinggi tidak lama lagi serta terdapat kolam ais yang akan digunakan oleh pemain. Jelas misi dan visi JDT untuk mempunyai fasiliti dan prasarana terbaik di Asia Tenggara akan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diaturkan. Luaskan Kuasamu Johor.