Showing posts with label JDT. Show all posts
Showing posts with label JDT. Show all posts

INFRASTRUKTUR DAN PRASARANA TERKINI DI JDT

INFRASTRUKTUR DAN PRASARANA TERKINI DI JDT
Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan sahaja sebuah kelab yang serba lengkap dari segi pengurusan profesional tetapi kemudahan dan kelengkapan latihan pemain juga sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pusat gimnasium baru JDT yang terletak bersebelahan gimnasium sedia ada di Padang Seri Gelam bakal siap sepenuhnya tidak lama lagi. Ia akan dilengkapi dengan peralatan terkini dan berteknologi tinggi tidak lama lagi serta terdapat kolam ais yang akan digunakan oleh pemain. Jelas misi dan visi JDT untuk mempunyai fasiliti dan prasarana terbaik di Asia Tenggara akan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diaturkan. Luaskan Kuasamu Johor.

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERANGKAT KE BANGKOK, THAILAND | 16HB JANUARI 2016

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERANGKAT KE BANGKOK, THAILAND | 16HB JANUARI 2016
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Bangkok, Thailand pada 16hb Januari 2016 dari Lapangan Terbang Senai bagi menyaksikan perlawanan pra-musim kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim yang akan menentang Chonburi FC. Perlawanan persahabatan tersebut yang dijadualkan pada 17hb Januari selain Big Bang Chulalongkorn University FC dua hari berikutnya adalah sebahagian daripada persiapan JDT menjelang perlawanan kelayakan Juara-Juara Liga Asia (ACL) serta Liga Malaysia dan kehadiran baginda pastinya untuk melihat sendiri prestasi kelab bolasepak JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

Fernando Torres Sarung Jersi JDT 2016







JDT kini meluaskan empayarnya dengan memburu Penyerang Sepanyol dan AC Milan, Fernando Torres  untuk musim 2016.


Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pihaknya sudah berhubung dengan agen mewakili pemain itu. 
"Jika gagal bawa Torres, beberapa nama besar juga akan di bawa ke JDT untuk musim 2016. 

"Antara pemain itu termasuklah dari Juventas dan Fiorentina di Liga Itali," katanya ketika pertemuan khas bersama media dan kelab penyokong di sini, hari ini.

Menurutnya, ia bukan janji kosong pihaknya tetapi pihaknya pasti akan membawa masuk nama besar pada musim 2016 nanti. - Sumber Astro Awani



Tunku Mahktota Johor Berkenan Mencemar Duli Bujang Senang






DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkenan mencemar duli untuk berjumpa dengan para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum mereka berangkat ke Sarawak. Baginda turut memberikan kata-kata semangat dan peransang buat para pemain dan harapan agar mereka pulang membawa kejayaan. Ayuh Johor.
Hidup Johor Demi Johor
‪
Li ·