Larva BSF Musnahkan 15kg Madu Kelulut Sehari


Tindakan yang boleh diambil adalah dengan menanggalkan kotak topping dari log kayu di samping membelah log bagi menentukan sama ada permaisuri lebah kelulut masih boleh diselamatkan atau tidak.
Sekiranya permaisuri tiada, maka penternak perlu segera memusnahkan koloni yang telah diserang dengan cara membakar log kayu sebelum serangan merebak ke koloni yang lain.
Koloni-koloni yang belum diserang BSF perlu diberi perhatian yang serius kerana potensi serangan adalah tinggi sekiranya telah ada tanda serangan pada koloni di kawasan sekitar.
Langkah kawalan yang boleh diambil bagi mengelakkan serangan lebih teruk adalah dengan penggunaan jaring nyamuk saiz yang sesuai dipasang di semua terowong masuk lebah kelulut di samping mengurangkan penuaian hasil madu.
Selain itu, pemerhatian secara intensif perlu dilakukan seperti melaksanakan pemeriksaan koloni-koloni yang disyaki terkena serangan BSF dan pengasingan koloni lebah kelulut yang telah diserang dan koloni lebah kelulut yang sihat dipindahkan ke lokasi baharu yang kering.
Kesimpulannya, penternak-penternak perlu lebih kerap menjalankan pemeriksaan ke atas koloni lebah kelulut masing-masing sebagai langkah pencegahan awal dan mengelakkan serangan yang lebih serius.