Showing posts with label Han. Show all posts
Showing posts with label Han. Show all posts

Tasha Shilla Dicaci Peminat








PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla tertekan dengan komen negatif berunsur hinaan yang dilemparkan pengikut-pengikut laman sosialnya terhadap hubungan dia dengan kekasihnya,Han Chen Wong. Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak, 27, berkata, peminat tidak wajar menjatuhkan hukuman atau mengawal segala tindak-tanduknya melalui gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya.

"Saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai diantara mereka terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar.

"Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan kami," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha berkata demikian ketika ditanya tentang kritikan dan komen negatif yang sering dilemparkan oleh pengikut-pengikut laman sosial Instagram setiap kali dia memuat naik gambar bersama kekasihnya.

Tasha turut memberi amaran kepada peminat yang berniat untuk menghina atau memberi komen negatif terhadapnya tidak perlu menjadi pengikutnya di laman sosial berkenaan.

Sementara itu, Tasha yang merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan mengakui, sedang di peringkat memahami dunia masing-masing.

Dia akui, kekasihnya yang juga peninju Muay Thai itu sedang membiasakan diri dengan kehidupan dalam dunia selebriti.

"Pada awalnya dia agak rimas juga dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya," katanya. - Sumber MStar



Balak Tasha Shilla Badan Ketak Nak Berkhatan







Pelakon Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.

Tasha atau nama sebenarnya  Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.

“Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga,” kata Tasha kepada mStar Online.

Terdahulu Tasha baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia dalam rangka percutiannya yang dibawa oleh AirAsia X pada 11 hingga 15 Jun lalu.

Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.

Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.

“Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam,” katanya.

Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.
Sumber: mStar Online