Showing posts with label pramugari. Show all posts
Showing posts with label pramugari. Show all posts

Mayat Dora Tidak Dibenarkan Pulang Kerana Unsur Jenayah





rodaoraPETALING JAYA: Jenazah ketua pramugari penerbangan MH17, Dora Shahila Kassim tidak akan termasuk di kalangan jenazah yang akan dibawa pulang dari Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Jumaat ini.
Abang kepada mangsa, Don Shahidan Kassim berkata perkara itu disahkan oleh wakil MAS yang menghubungi beliau dan memaklumkan berita itu kepadanya pada pukul 6.24 petang Selasa.

“Wakil pengurusan MAS memberitahu kami sekeluarga bahawa mayat adik saya telah dikenal pasti tetapi tidak mendapat pelepasan pihak Belanda untuk dibawa pulang.

“Saya dimaklumkan bahawa jenazahnya tidak dapat dibawa pulang kerana dikatakan terdapat beberapa aspek penjenayahan terhadap mayatnya yang menyebabkan pihak berkuasa di Belanda tidak dapat memberikan pelepasan,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Sebelum ini, ahli keluarga Don Shahidan dimaklumkan oleh MAS bahawa jenazah adiknya itu termasuk dalam kumpulan pertama jenazah yang akan dibawa pulang ke tanah air.

Namun selepas itu beliau mendakwa tidak menerima sebarang panggilan untuk mereka terbang ke Amsterdam seperti yang diterima waris mangsa-mangsa lain atau maklumat lain bagi membolehkan ahli keluarganya melakukan persiapan menerima dan menguruskan jenazah sehinggalah beliau menerima panggilan pada hari ini (Selasa).

“Kami sekeluarga berasa lega dengan penjelasan ini tetapi sedih memikirkan jenazah yang masih tidak mendapat pelepasan.

“Sekarang kami hanya boleh berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan jenazah dapat dikebumikan dengan segera dan sempurna,” katanya.

Beliau berkata, wakil MAS yang menghubunginya juga telah meminta maaf kepada mereka sekeluarga di atas segala kesilapan yang telah berlaku sebelum ini.
“Wakil dari MAS akan memberikan pengesahan rasmi mengenai perkara ini esok (Rabu) ,” katanya.
Sehingga Selasa, sebanyak 28 daripada 43 mayat rakyat Malaysia telah dikenal pasti. - Sumber Alumni UiTM




Norshazana Binti Mohamed Salleh Pramugari MH17 Disahkan Terbunuh


FotoSHAZANA dan keluarga. Gambar kecil, ibu Shazana, Sharom Ibrahim menunjukkan gambar anaknya.






Georgetown: "Nurshazana ada hubungi saya melalui kiriman Whatsapp dan meminta foto anak saudaranya kerana rindu," kata Mohamed Salleh Samsuddin, 54, bapa kepada seorang pramugari yang maut selapas pesawat MH17 terhempas di Timur Ukraine.
Menurutnya, kiriman Whatsapp itu dihantar 24 jam sebelum pesawat dinaiki anaknya berlepas dari Amsterdam.

Mohamed Salleh berkata, anaknya turut meminta dia dan isteri menghantar salinan foto kad pengenalan mereka namun tidak memberitahu apa yang mahu dilakukannya.

"Anak juga memberitahu dia akan pulang pada hari raya pertama dan meminta kami menunggunya untuk menziarahi kubur sanak saudara.

"Dia juga turut memberitahu akan membaca Yassin di kubur dan berkeras mahu kami sekeluarga menunggunya," katanya yang ditemui di rumahnya di Bayan Baru di sini, sebantar tadi.

Menurutnya, anaknya itu anak sulung dari empat beradik dan bekerja sebagai pramugari sejak sembilan tahun lalu.