Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Budak Pailang Masuk Sekolah Tunas Bakti Kerana 2 Minit







Selamat Hari Raya di Sekolah Tunas Harapan.
Benda dah terjadi biar lah jadi pengajaran kepada semua.
Berlaku tak berapa minit, bala nya 2 tahun
Jangan mudah dan cepat sangat lepas tangan pada orang lain.
Semoga menjadi iktibar kepada semua adik adik yg lain.
2 Tahun akan berpisah dari keluarga mulai hari ini.
Apa guna jadi Pailang kalau begini akhir nya.

JENAYAH: Video pelajar perempuan belasah perempuan

Kota Samarahan: Polis mengesahkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah di sini, sudah lengkap dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman ketika dihubungi berkata satu kertas siasatan dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lengkap sudah dijalankan dan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pertuduhan yang dijangka dilakukan minggu ini.
Foto

“Kes ini berlaku bulan lalu tetapi baru dimuat naik di Youtube dan tersebar,” katanya.

Menurut sumber pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini itu dibelasah tiga pelajar senior selepas berlaku salah faham antara mereka yang berpunca daripada masalah di asrama.

Difahamkan, mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama.