Menerusi akaun Instagram, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura,
Aliff Aziz telah berkongsi fotonya yang kini tampil segar dengan
mewarnakan rambut daripada hitam ke 'blonde'.
"Lovin this fresh look. Thank you and props to @ridzokumura for the awesome work," ujar Aliff.
Pun begitu, gaya penyanyi ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada
para pengikutnya. Ada yang memberi komen positif dan terdapat juga
segelintir yang merasakan imej terbaru ini tidak sesuai dengan dirinya.
Belum dapat dipastikan sama ada imej terbaru Aliff ini dibuat atas
tuntutan kerjanya sebagai seorang pelakon atau tidak, namun pelantun
lagu 'Jangan Ganggu Pacarku' kelihatan selesa dengan gaya terkininya.-Sumber Media Hiburan