Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak (duduk,tengah) ketika mengadakan sidang media selepas membuat
tinjauan banjir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bersama Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed
(kanan) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob (kiri).
Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.
"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini, Ahad.