Dalam pada itu status yang dimuat naik Jimmy mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut Instagram miliknya yang menyuruh dia bersabar.
Malah ada yang berkata, jika anaknya besar nanti, Zahrah Rania akan mencari bapanya juga termasuklah sebagai wali nikah.
Pada 7 Jun lalu, Jimmy selamat bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, dekat sini.
Jimmy memberi mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM15,000.
Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan yang diberi hak penjagaannya oleh mahkamah kepada Nursuhaila Eliani. - Sumber MStar