Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Remy Ishak Tiada Tarikh Kahwin

"Kalau tak jadi nanti orang akan hentam, jadi sebaik mungkin saya cuba menjaga hubungan ini sebelum ada ikatan lebih serius. "Saya dah bawa dia berjumpa dengan emak saya namun fokus pada ketika ini adalah perkahwinan adik saya pada bulan September ini," kata Remy. Tegas Remy, faktor utama beliau merahsiakan hubungan cintanya adalah bagi menjaga hati kedua belah pihak. Beliau mengambil iktibar dari kegagalan percintaannya sebelum ini. "Saya berhak untuk berkawan. Jadi kerana itu jika hubungan ini pada masa depan gagal, janganlah menuding jari kepada sesiapa. Itu adalah faktor utama saya kurang gemar bercerita mengenai kisah cinta. "Pertama kali dalam hal sebegini orang ramai jangan jadi 'judgemental'. Benda tak betul boleh jadi fitnah.

Leez Rosli Pecah Dara Sabtu Ini







Pelakon filem Cerita Hantu Malaysia, Leez Rosli memberitahu yang dia akan bernikah pada hujung minggu ini, bersama tunangnya Aepul Drama Band. Dia yang telah bertunang pada tahun lepas mahu segerakan pernikahan mereka kerana sudah lebih setahun mengikat tali pertunangan.
“Saya sudah bertunang tahun lepas iaitu 11 Disember 2013 dan InsyaAllah akan bernikah pada 27 Disember ini. Saya akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan diadakan pada Februari depan & untuk majlis pernikahan ini, jemputan pun tidak ramai,” katanya sambil tersenyum.
Leez turut menjelaskan bahawa majlis resepsi perlu diadakan pada bulan Februari depan kerana dia dan Aepul mempunyai jadual kerja yang sangat padat pada bulan Januari ini.
“Majlis nikah sebenarnya sudah banyak kali tertangguh patutnya diadakan pada bulan 10 tetapi disebabkan jadual kerja yang padat membuatkan majlis ini tertangguh lagi. Untuk tidak membuang masa, kami menyegerakan dulu perkara yang wajib iaitu nikah terlebih dahulu,” ujarnya.

Leez Rosli Nafi Terasa Hati, Akui Populariti Kini Suam Suam Kuku
“Saya tak pernah terasa hati dengan pihak media, cuma saya sedar di mana diri saya. Saya juga tak menafikan yang saya ini suam-suam kuku, saya sendiri pun suka mengelak dari pihak media dan tak salahkan mereka sekiranya digelarkan suam-suam kuku. Bagi saya, biarlah peminat kenal saya menerusi karya lakonan sahaja,” tambahnya lagi. (rtky/hfz)






Datuk A Rahman Hassan Nikah Janda Mat London






Ieda Mon (kiri) dan Fadilah Mansor
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Ieda Moin sah bercerai talak satu selepas suaminya, Mohamad Naquib Idris melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis.

Lafaz itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35,  memberitahu mahkamah perceraian itu adalah jalan terakhir sebagai penyelesaian kemelut rumah tangga mereka.

Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Dalam pada itu di lokasi yang sama, mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penerbit dan pengarah Mat London terhadap dramatis Fadillah Mansor pada 28 September 2012 adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie, Ab Malek Awang membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan itu kepada mahkamah.

Fadilah dan Mat London atau nama sebemarnya Ahmad Ibrahim bernikah di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata berumur 23 dan 20 tahun.

Fadilah bakal bernikah dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan pada 25 Disember ini di Psusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Berita lengkap akan dilaporkan kemudian.



Perkahwinan Kanak-Kanak Mula Merebak Di Malaysia





Michelle Gyles-McDonnough.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Terlalu ramai rakyat Malaysia yang berkahwin pada usia muda, bukan sahaja menjejaskan kesihatan mereka tetapi juga peluang untuk pembangunan tenaga kerja yang produktif.
Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, Michelle Gyles-McDonnough berkata, perkahwinan "terlalu awal" membabitkan golongan muda berusia 18 tahun ke bawah.
"Banci penduduk pada 2010 menunjukkan bahawa kira-kira 80,000 wanita berkahwin di negara ini berusia antara 15 dan 19 tahun, manakala bilangan bagi lelaki muda yang berkahwin seramai 70,000 orang.
"Terlalu ramai golongan muda berkahwin terlalu awal, memberi risiko dari segi mental dan fizikal kerana mereka perlu menangunggu komitmen perkahwinan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laporan mengenai Populasi Dunia 2014 Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) di sini, Selasa.
Laporan itu menekankan bahawa terdapat 1.8 bilion orang muda berusia antara 10 dan 24 tahun di seluruh dunia, dengan kebanyakan mereka di negara-negara membangun.
Bagaimanapun, ia menunjukkan bahawa perkahwinan kanak-kanak merupakan antara beberapa cabaran yang dihadapi negara-negara terbabit, termasuk Malaysia yang perlu ditangani sekiranya mahu memacu pertumbuhan sosio-ekonomi.
"Pasangan yang berkahwin pada usia muda tidak berupaya menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang produktif dalam negara berpendapatan tinggi, sebaliknya mereka kembali kepada kehidupan yang kebergantungan.
"Begitu juga dengan perkahwinan kanak-kanak, kebiasaannya akan berlakunya kehamilan usia muda, yang boleh membawa risiko semasa kehamilan dan melahirkan anak," kata Gyles McDonnough.



Pasangan Pengantin Termuda: Suami Berumur 15 Tahun Tahun Berhenti Sekolah Selepas PMR Bekerja Untuk Isteri Lepasan SPM Umur 17 Tahun






Zulhelmi dan pasangannya Nurulain pada majlis persandingan mereka.
(Ubah saiz teks)
KLUANG: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengakhiri zaman bujangnya selepas mengambil keputusan untuk mengahwini kekasihnya selepas hanya berkenalan selama dua bulan.
Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17 berkahwin pada 30 November lalu meraih perhatian di media sosial selepas pasangan itu memuat naik gambar-gambar dan video akad nikah mereka di Facebook.
Dalam kenyataannya, Muhd Muaz berkata, dia mahu mengahwini Nur Izzati kerana mahu menjadikan perhubungan mereka sah selepas mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.
"Kahwin muda selalu dikatakan macam-macam daripada orang lain, tetapi saya sudah bersedia," tambahnya.
Muhd Muaz dipercayai sedang menunggu keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berkata, dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelajarannya pada tahun depan.
Rakaman video itu menunjukkan Muhd Muaz dan Nur Izzati diijab kabul dengan mas kahwin RM22.50.
Nur Izzati baharu sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagi orang Islam, usia perkahwinan yang sah dari segi undang-undang adalah 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun buat perempuan.
Bagaimanapun, dengan kebenaran Mahkamah Syariah, mereka boleh berkahwin tanpa mengira usia.
Di Melaka, Nurulain Mohammad, 15, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Zulhelmi Kaharudin, 21 pada majlis persandingan mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini, Ahad lalu.
Perkahwinan Nurulain dan Zulhemi, mendapat restu daripada kedua-dua keluarga. Kisah cinta mereka juga bukan satu rahsia sejak mula berkenalan.
Zulhelmi yang mengusahakan perniagaan restoran berkata, dia dibesarkan dalam keluarga yang tegas.
'Tiada seorang pun daripada kami berjumpa secara senyap-senyap," katanya.
Dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, dia akan menyokong isterinya untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
"Hanya selepas itu baharulah kami akan menimang cahaya mata," katanya.
"Dia masih muda tetapi saya akan membimbingnya dengan nilai-nilai yang baik," katanya.
Pasangan itu mula mengenali sewaktu bersiar-siar di kawasan kejiranan. Zulhemi berkata, ia merupakan cinta pandang pertamanya.
"Dia (isteri) dalam perjalanan balik dari sekolah selepas saya beritahu 'Saya cintakan awak. Dia juga meluahkan perasaan yang sama kepada saya."




Sam Bunkface Akan Berkahwin Tidak Lama Lagi





Sam (kanan) bersama ahli kumpulan Bunkface.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam menjelaskan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan seorang penerbit rancangan bernama Aida Azira jika perkara tersebut sudah benar-benar pasti.

Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, dia memang ada perancangan untuk berumah tangga, namun masih mencari masa yang sesuai.

"Saya hanya merancang tapi Allah yang akan menentukannya. Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki… adalah.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa buat masa sekarang kerana takut kalau tidak jadi nanti orang akan bertanya. Seelok-eloknya biarlah kalau ianya benar-benar pasti baru saya akan beritahu kepada semua," ujarnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran album ketiga Bunkface berjudul Malam Ini Kita Punya, di The Bee, Publika, di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Sam minta peminat mendoakan sesuatu yang terbaik untuk  perhubungan tersebut.


Sam


Sementara itu, bercerita tentang album ketiganya itu, Sam berkata, keseluruhan lagu ini banyak berkisarkan tentang perjuangan Bunkface selama lapan tahun dalam industri muzik tanah air.

Katanya, pemilihan lagu berjudul Malam Ini Kita Punya sebagai tajuk album adalah kerana ia mempunyai kekuatan tersendiri dan menunjukkan kematangan muzik Bunkface.

"Kami biasa akan buat lagu mengikut isu semasa, kali ini banyak lagu adalah tentang industri muzik kita yang sedang merudum sekarang dan tentang perjuangan kami sebagai anak seni.

"Seperti lagu Malam Ini Kita Punya adalah meluahkan tentang kepuasan kami selepas berusaha untuk melakukan sesuatu perkara itu sehingga berjaya terutama dalam bidang nyanyian," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana mereka mempertahankan ahli kumpulan tersebut agar terus kekal, Sam berkata ketiga-tiga mereka saling memerlukan dalam industri seni ini.

Katanya, persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka saling memahami antara satu sama lain.

"Kami sudah kenal lama ketiga zaman kecil lagi, jadi sudah dapat baca perangai masing-masing. Bohonglah kalau tidak pernah bergaduh tetapi ia tidak sampai menjejaskan kumpulan ini.

"Pada saya kami bertiga ini saling memerlukan untuk berada dalam industri," ujarnya.

Album Malam Ini Kita Punya yang diterbitkan oleh Sony Music Malaysia ini memuatkan tujuh buah lagu termasuk sebuah lagu bonus berjudul Anugerah Syawal.

Tujuan buah lagu tersebut ialah Malam Ini Kita Punya, Darah Muda, Orang Kita, Rentak Laguku, Kembali, Goyang dan Salam. - MSTAR
 



Fiffy Natasya Pecah Dara





fiffy 6 
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya yang telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Muslim Azman dalam majlis pernikahan yang telah berlangsung sebentar tadi di kediaman di Putra Heights, Subang Jaya. 
 
Menerusi foto-foto yang dikongsi di akaun Instagramnya, Fiffy tampak manis mengenakan persalinan serba putih sedondon bersama suaminya yang bekerja sebagai juruterbang MAS itu. 
 
Sebelum ini, Fiffy dan Muslim telah mengikat tali pertunangan pada 21 Disember tahun lalu selepas hampir setahun berkenalan. 
 
Majlis resepsi pasangan mempelai ini akan diadakan pada malam ini bertempat di Putrajaya dan dihadiri oleh kaum keluarga dan rapat-rakan terdekat. 
 
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. - Sumber Media Hiburan
 



Amal Alamuddin Kahwini George Clooney







Amal dan George berkahwin pada Sabtu lalu di Itali.
(Ubah saiz teks)
SELEPAS sekian lama menunggu, akhirnya pelakon George Clooney dan teman wanitanya Amal Alamuddin bersatu sebagai suami-isteri dalam satu majlis tertutup pada Sabtu lalu.

Daily Mail
melaporkan pasangan ini berkahwin di Venezia, Itali dalam suasana sederhana dan romantik yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Beberapa bintang terkenal seperti Cindy Crawford, Matt Damon, Emily Blunt, Bill Murray dan Luciana Barroso turut dilihat menghadiri hari bersejarah George itu.

Lokasi perkahwinan yang diadakan di Hotel Aman Canal Grande itu dihiasi dengan bunga berwarna putih termasuk mawar dan lili selain ratusan lilin menaikkan suasana romantik.

Pasangan tersebut dilaporkan tiba di Venezia sehari sebelum perkahwinan itu dan mereka merancang untuk tinggal beberapa hari di Itali untuk berbulan madu termasuk menginap di rumah persinggahan milik George. - Sumber MSTAR




Anak Sharifah Aini Gelojoh Nak Kahwin Lepas Ibunya Meninggal Dunia






Masa yang dinanti makin tiba. Berikutan itu, anak lelaki kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Ali, 32, yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 4 Oktober ini telah mengedarkan kad jemputan perkahwinannya.

Sebagai imbasan, Aliff telah melangsungkan majlis pertunangannya pada 23 Ogos lalu dengan seorang doktor gigi yang berasal daripada Subang Jaya, iaitu Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28.





Melalui kad yang diedarkan itu, perkahwinan mereka akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, Selangor.

Tahniah diucapkan buat mereka berdua!




Liza Abdullah Janda Meletup-Letup Tak Jadi Kahwin Abang Jurukamera






PETALING JAYA: Pelakon terkenal Liza Abdullah menyangkal laporan sebuah akhbar mingguan kononnya dia bakal berkahwin dengan seorang jurukamera pada Disember depan.

Liza, 50, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan berkenaan selepas membaca laporan itu dan menegaskan dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki selepas bercerai dengan bekas suaminya, Zolkifli Abdul Rahman pada Februari lalu.

"Pertama sekali kenyataan dalam akhbar berkenaan bukan datang dari mulut saya dan saya sendiri tidak mengetahui tentang perancangan akan berkahwin pada Disember ini.

"Berita berkenaan sama sekali tidak benar dan ia amat mengejutkan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Menerusi laporan berkenaan, sumber yang dikatakan sebagai rakan rapat dramatis tersebut mendedahkan jurukamera tersebut sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memperisterikan Liza namun pelakon itu tidak segera memberi jawapan kerana baharu sahaja bercerai.

Bagaimanapun selepas melihat kesungguhan lelaki itu akhirnya hati Liza terbuka untuk menerimanya dan pasangan berkenaan dikatakan sedang sibuk membuat persiapan majlis pernikahan mereka namun tidak merancang untuk mengadakan majlis secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Liza berkata, dia terkilan dengan individu mendakwa sebagai teman rapatnya kerana sanggup mereka-reka cerita yang disifatkan tidak berasas tentang dirinya.
Liza terkilan ada pihak cuba menabur fitnah terhadap dirinya.
"Sekiranya benar sekali pun itu hak untuk bercakap mengenainya mestilah datang daripada mulut saya sendiri dan bukannya orang lain.

"Saya terkilan kerana 'kawan rapat' tidak akan buat begitu kepada saya malah saya tidak rasa orang yang mengesahkan perkara itu adalah kawan baik saya," jelasnya.

Sementara itu, Liza berkata, ekoran laporan berkenaan anak-anak, keluarga dan bekas iparnya menelefonnya bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.

Jelasnya lagi, gosip seperti itu mampu memberi kesan buruk kepadanya terutama jika ada yang tidak membaca isi keseluruhan laporan itu.

"Gosip seperti itu sudah tentu menganggu gugat kerjaya saya kerana sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam bidang seni belum pernah lagi saya terpalit dengan cerita-cerita gosip seperti itu.

"Orang lain yang tidak baca secara keseluruhan berita tersebut mungkin akan salah faham tambahan pula dengan usia saya sekarang macam-macam orang boleh kata," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Liza berkata, selain sibuk dengan aktiviti penggambaran dia kini berada di Lenggong, Perak bagi menghadiri program bersama Perbadanan Kemajuan Filem Negara Nasional (Finas) dalam menyampaikan maklumat mengenai peranan perbadanan tersebut dikalangan masyarakat menerusi aktiviti menarik. - Sumber MSTAR
 



Mahkamah Arah Rozana Misbun Bayar RM500 Kepada Awie






Kuala Lumpur: Isteri penyanyi dan pelakon, Awie diperintahkan untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM500 kepada suaminya itu berikutan kelewatan hadir ke prosiding sebutan kes hadanah (hak penjagaan kekal) tiga anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain memerintahkan demikian selepas Rozana Misbun, 36, dan peguamnya, Majdah Muda gagal hadir ketika prosiding sebutan kes itu pada jam 10 pagi.

Mohd Amran berkata, mahkamah mengambil serius perkara itu atas alasan boleh menjejaskan prosiding mahkamah dan demi keadilan mana-mana pihak.

Namun, Rozana dan Majdah tiba-tiba muncul selepas beberapa minit prosiding kes itu berjalan.
FotoAWIE (kanan) bersama peguamnya keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah, Jalan Duta, semalam.

Majdah memohon maaf di atas kelewatan mereka dan memberitahu pihaknya menyerahkan beberapa dokumen permohonan lain berkaitan kes itu di kaunter mahkamah.

Bagaimanapun, Amran masih mengekalkan perintah supaya Rozana membayar kos mahkamah kepada Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46.

Sementara itu, Majdah memberitahu mahkamah pihaknya sudah memfailkan bantahan awal berhubung kes induk iaitu hadanah kekal dan menyerahkan secara kendiri kepada Awie selaku plaintif semalam. - Sumber myMetro




Suami Datin Paduka Eina Azman Makan Bersuap Sejak Mereka Berkenalan Sampai Kahwin







Apa komen pembaca?