KL, 23 JUN 2014: Belum pun krisis hubungan antara Amy Search dan anaknya Nabila menunjukan tanda-tanda akan reda, kini kontroversi itu dihangatkan lagi melalui gambar yang dimuatnaik aktres tersebut menampilkan dirinya dengan jejaka yang dikatakan teman lelaki barunya.
Ini kerana selepas ditegur bapanya di laman sosial Instagram, keadaan menjadi semakin tegang apabila Nabila pula mengeluarkan komen di laman sosial Twitter miliknya.
Bukan sahaja Nabila yang ditegur rocker terkenal itu namun jejaka yang bersama dengannya itu turut terkena dan mendapat bahagiannya. Dia telah dikatakan tidak menghormati Amy sebagai bapa kepada Nabila.
Episod tersebut bagaimanapun tidak habis di situ sahaja apabila ada pengguna laman sosial Twitter yang sudah mula menyebarkan gambar Nabila dan kekasihnya setelah sebelum ini Nabila bertindak untuk merahsiakan identiti jejaka tersebut.
Ada juga pengikut Nabila memberitahu lelaki tersebut pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Damansara, yang dipanggil ‘Bert’. - Sumber Astro Gempak