Showing posts with label gossip. Show all posts
Showing posts with label gossip. Show all posts
Izreen Azminda Dan Bekas Suami Masih Sayang
Luahan perasaan Izreen Azminda
Betul juga kata Izreen itu. Tatkala dia dan bekas suami masing-masing dah move on dan bina kehidupan masing-masing, ada pula pihak yang cuba bakar line.Apapun, jodoh ajal dan maut semuanya di tangan Allah SWT. Rasanya, daripada sibuk menabur fitnah, lebih baik kita sama-sama mendoakan kebahagiaan Izreen dan juga anak tunggalnya yang comel itu. Tak gitu? - Sumber OHBULAN
Anugerah Neway 2014 Cari Raja Karaoke
(Ubah saiz teks)
Menerusi satu kenyataan media kepada mStar Online, acara itu bakal mengangkat tema 'Muzik Untuk Semua' selari dengan konsep Neway untuk menjadi hub karaoke bagi semula golongan.
"Selepas mendapat maklum balas yang baik bagi Anugerah Lagu Melayu Paling Popular Neway 2013 pihak Neway telah mengorak selangkah kehadapan pada tahun ini dengan penganjuran Anugerah Karaoke Neway 2014," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut anugerah yang mengetengahkan lagu-lagu Melayu popular ini diharap dapat memeriahkan lagi industri muzik tanah air disamping memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat rakaman yang telah banyak menyumbangkan lagu-lagu kepada Neway.
Sebagai permulaan, sebanyak lapan kategori bakal di dipertandingkan iaitu 10 Lagu Melayu Paling Popular, lima Lagu Serantau Terbaik Karaoke, Artis Baru Terbaik Karaoke, Duo/Berkumpulan Terbaik Karaoke ,Artis Lelaki Terbaik Karaoke, Artis Wanita Terbaik Karaoke, Muzik Video Terbaik Karaoke, dan Undian Paling Meriah.
Peratusan undian dibuat berdasarkan 60 peratus lagu yang dimainkan di premis-premis Neway dan 40 peratus lagi diambil dari undian di laman web anugerahk.newaykb.com.my dan portal Tonton Muzik.
"Biarpun dengan majlis anugerah yang sederhana, pihak pengurusan Neway Karaoke Box Malaysia berharap penganugerahan ini dapat membantu memeriahkan lagi industri muzik tanah air," kata kenyataan itu lagi. - Sumber MSTAR
Projek Kahwin Hanez Suraya Belum Berjaya
Masalah dihadapi kekasihnya, Romie Razin Adilha dan isteri, Nur Liyana Manan berkaitan kes perceraian di mahkamah tiada kena mengena dengan dirinya.
Bagaimanapun, ada pihak masih tidak boleh menerima kenyataan dengan membuat pelbagai dakwaan dan cercaan di laman sosial terhadap dirinya.
Perkara itu membuatkan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, berasa tertekan. Apatah lagi dia harus berdepan perkara itu sendirian.
Ketegasannya dalam menangani masalah dihadapi disalah erti dan pernyataan maaf dibuat secara terbuka di laman Instagram miliknya belum cukup untuk memadam api kebencian pihak tertentu dan berkaitan.
Berusaha memberi pemahaman atas kenyataan diberi sebelum ini bahawa apa yang berlaku antara Romie dan Liyana tiada kaitan dengan dirinya, Hanez menyatakan bersedia berundur diri dan mengalah.
Tindakan itu dirasakan jalan terbaik dilakukannya jika ia dapat membuatkan semua pihak gembira. Harapannya cuma satu dirinya tidak lagi dikaitkan dengan masalah rumah tangga Romie dan Liyana yang bergolak sebelum mereka bertemu.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.
“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya,” katanya.
Kata Hanez, Romie dan Liyana harus selesaikan masalah mereka tanpa babitkan dirinya. Soal dirinya ketepikan saja kerana tahu perkara yang mereka hadapi sekarang sangat sensitif.
“Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.
“Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini,” katanya.
Hanez akui jika rumah tangga Liyana dan Romie boleh diselamatkan dan kembali bersama selepas ini, dialah orang paling gembira untuk mereka.
“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.
“Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus,” katanya.
Mengenai dakwaan mengatakan Hanez ‘kaki saman’ apabila membuat keputusan menyaman syarikat penerbangan apabila kakitangannya mendedahkan maklumat pesawat dinaiki, katanya, ia dibuat bagi memastikan keselamatannya terjamin.
“Saya tidak boleh memberi komen mengenainya, tetapi apa yang saya lakukan itu bagi menjaga hak peribadi. Ia termasuk dalam akta bahawa apabila kita menggunakan perkhidmatan dengan mana-mana syarikat penerbangan, maklumat peribadi tidak boleh didedahkan kepada pihak luar.
“Pihak yang menyelar saya atas tindakan itu melihat perkara ini dari satu sudut, tetapi ia sebenarnya sangat penting kerana mendedahkan maklumat pelanggan akan membuka ruang kepada ancaman keselamatan.
“Saya rasa sekarang ini andai ke mana-mana, diri saya tidak selamat dalam perjalanan. Perkara itu tidak seharusnya berlaku.
“Mereka menganggap tindakan saya negatif tetapi cuba fikir, tindakan kakitangan syarikat penerbangan itu bukan saja boleh mengancam nyawa saya, tetapi juga penumpang lain.
“Kalaupun mereka membenci saya, jangan sampai perkara itu boleh menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain. Kita tidak tahu dengan sikap sedemikian ia boleh membuka perkara tidak baik.
“Apa yang saya buat bagi menegakkan hak saya sebab saya tidak pernah mengganggu hak privasi orang,” katanya.
Projek Kahwin beri kepuasan
Dalam berdepan kemelut kisah peribadi, Hanez turut sibuk menjayakan pementasan teater Projek Kahwin di Istana Budaya bermula 6 hingga 14 Jun lalu.
Hanez akui pembabitannya memberi kepuasan kepadanya apabila berpeluang menjayakan teater dan berganding dengan Izzue Islam, Sherry Al-Haddad, Zulin Aziz, Shah Iskandar dan Kaka Azraf.
Walaupun hanya tiga hari bermula 12 Jun untuk empat pementasan manakala hari lainnya dipikul Kila Fairy melakonkan watak sama, hakikatnya dia terbabit sejak hari pertama.
“Walaupun kali pertama, saya puas, apatah lagi melihat sambutan peminat sangat memberangsangkan. Namun, saya terkejut apabila ada yang mengatakan pementasan Projek Kahwin tidak mendapat sambutan.
“Tambah pula sebelum ini timbul ura-ura ada pihak mahu memulaukan teater itu kerana kontroversi yang melanda saya. Hakikatnya, selama tiga hari saya beraksi, ramai datang menonton,” katanya.
Hanez percaya sambutan menggalakkan itu antara lain disebabkan kunjungan peminat artis lain yang turut sama menjayakan teater muzikal itu.
Tidak cukup dengan itu, timbul cerita mengatakan Shah Iskandar yang turut menjayakan teater itu menyatakan pembabitan Hanez dalam Projek Kahwin menyebabkan ia tidak mendapat sambutan.
Kata Hanez, Shah mahu bersemuka dan menyelesaikan masalah ditimbulkan, tetapi mereka tidak dapat berbicara panjang mengenainya.
“Saya rasa ia tidak perlu, lebih-lebih lagi ia berlaku di hari pertama saya terbabit dalam pementasan itu. Saya tidak mahu nanti perkara itu mengganggu emosi dan tumpuan.
“Hendak memperkatakan perkara itu sekarang pun tiada gunanya sebab pementasan selesai. Secara peribadi, saya rasa ia tidak perlu diperkatakan dan diungkit lagi.
“Perkara berlaku biar berlalu. Saya tidak mahu memanjangkan cerita. Lagipun apabila difikirkan kembali, ia perkara kecil dan remeh dan tidak perlu diperbesarkan,” katanya.
Lebih penting, kata Hanez, apa yang diimpikan sudah terlaksana dan pementasan berlangsung dengan lancar tanpa masalah seperti dikhabarkan sebelum ini di mana ada ura-ura pihak tertentu mahu hadir dan membuat kacau.
Kata Hanez, buat masa terdekat dia akan berehat buat sementara bagi menguruskan produk syampu yang akan dipasarkan selepas hari raya nanti.
“Ini bermakna sepanjang Ramadan saya akan berehat. Selain menumpukan kepada amal ibadat di bulan puasa, saya berusaha memastikan stok untuk produk yang saya hasilkan dapat dipasarkan dalam waktu ditetapkan.
“Saya juga berharap tiada pihak mengaitkan usaha terbaru saya dengan Romie kerana perniagaan dijalankan milik saya menggunakan modal dan duit sendiri sepenuhnya,” katanya.
Sham Kamikaze Nikah Diharamkan Mahkamah
RAWANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Jumaat memutuskan, pernikahan di antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham dan Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 adalah tidak sah.
Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan perkahwinan itu dibubarkan serta merta secara faraq nikah mulai hari ini.
Faraq nikah ialah pembubaran sesebuah perkahwinan tanpa jatuh talak. Permohonan berkenaan dibuat sekiranya pasangan suami isteri itu ragu terhadap status perkahwinan mereka.
Kamarulzaman memutuskan, wali hakim yang digunakan pada pernikahan yang diadakan di Masjid Ibu, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang itu tidak dilantik dengan kebenaran mahkamah.
Sham bersama isterinya, Nurul Halimin.
Bagaimanapun, Kamarulzaman memutuskan anak lelaki mereka iaitu Aisy Danial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 38, boleh dinasabkan sebagai bapa kandung.
Sementara itu, Sham ketika ditemui selepas prosiding selesai memberitahu, dia mendapat tahu wali hakim yang digunakan tidak diiktiraf semasa ingin mendaftarkan nama anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Januari lalu.
Sham berkata, dia tidak menyangka pernikahan itu mempunyai masalah dan segera merujuk kepada mahkamah bagi mendapatkan kepastian.
"Alhamdulillah semuanya selesai dan apa yang saya lakukan adalah demi melindungi keluarga saya.
"Ia bukan sahaja mengenai taraf anak tetapi juga hak isteri saya di masa hadapan sekiranya sesuatu berlaku kepada saya.
"Ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan saya banyak belajar menerusi kejadian ini," jelasnya.
Tambah Sham, dia dan Nurul Halimin akan bernikah semula dalam masa terdekat dengan menggunakan saluran yang betul.
Sham sebelum ini pernah berkahwin dengan Farazila Abdul Jabar pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum disahkan bercerai oleh mahkamah pada 1 September 2011.-Sumber MSTAR
Nora Danish Nak Pegang Farid Kamil Bahagian...
Gambar pegang tangan antara Nora Danish dan Farid Kamil yang menimbulkan kemarahan Diana Danielle.
Tindakan Diana telah mendapat respons kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram malah ada yang menganggap dia bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.
Sementara itu, dia mengakui sejak akhir-akhir ini dia sering menjadi bahan kontroversi bertimpa-timpa namun menganggap ia sebagai satu dugaan buatnya.
"Bagi saya perkara ini sudah menjadi lumrah dalam dunia seni dan saya harus terima perkara itu sebagai dugaan pada diri.
"Bagaimanapun saya ada keluarga untuk memberi semangat pada saya. Mungkin orang nampak saya seorang yang kuat tetapi sebagai wanita, hati saya mudah terguris dengan isu-isu negatif seperti ini," jelasnya.
Terdahulu, bekas suami Nora iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai dalam Instagram miliknya pada Khamis meminta orang ramai tidak mengaitkan isterinya iaitu Fasha Sandha terhadap keruntuhan rumahtangganya yang dibina dengan Nora. - Sumber MSTAR
Dewi Cinta Album Kisah Peribadi
Adira ditemui pada majlis pelancaran dan showcase album sulung berjudul Dewi Cinta yang diadakan di Restoran Saloma Bistro, di sini, Khamis.
Dalam persembahan tersebut Adira menyampaikan sebanyak 10 buah lagu yang terdapat dalam album Dewi Cinta.
Bercerita tentang album tersebut, Adira berkata, dia mengambil masa selama dua tahun untuk mengumpul bahan yang terbaik untuk album itu.
"Proses pembikinan album ambil masa memang agak panjang iaitu dua tahun, ia adalah berikutan proses memilih bahan-bahan terbaik sahaja.
"Dalam album ini terdapat lima buah lagu lama iaitu Ombak Rindu, Ilusi, Kuada Kamu, Juwita, dan Ombak Rindu dan lima lagu baru iaitu Dewi Cinta, Hilang, Ku Bawa Cintamu, Ruhi Cinta dan Sekadar Mimpi," katanya.
Sementara itu, mengulas tentang tajuk album tersebut iaitu Dewi Cinta, Adira berkata tajuk lagu tersebut adalah melambangkan dirinya sendiri.
Tambahnya, kebanyakkan lagu dalam album tersebut adalah berkaitan dengan kehidupan peribadinya. - Sumber MSTAR
Isteri Black Pemalas Ngidam Cendol
Tanpa berselindung, Black mengakui isterinya kini hamil lebih sebulan. Kata rakan ini lagi, Black bercerita sejak mengandung isterinya mengalami alahan yang teruk dan hanya berbaring di rumah.
Dia juga malas untuk bersolek setiap kali keluar ke mana-mana. Bab makan pula jangan cakaplah kerana pernah isterinya mengidamkan cendol Pulau Pinang dan Black tanpa banyak soal memenuhi keinginan Naquia.
Apapun SS puji Black kerana berusaha memenuhi setiap keinginan dan permintaan isterinya asalkan logik dan masuk akal. Ialah buatnya nanti kalau dibiarkan begitu saja, anak yang lahir nanti meleleh air liurnya dek kerana kempunan ketika dalam kandungan. Kata orang tua-tualah.
SS ucapkan tahniah buat Black dan isterinya dan menasihatkan mereka agar sentiasa berhati-hati di mana-mana saja berada. Tentunya Ramadan dan Aidilfitri yang bakal disambut tahun ini sangat bermakna buat mereka. Kedatangan anak juga bakal membawa rezeki berterusan buat mereka.
Neelofa Bujang Kembali
KISAH perpisahan Neelofa dengan pelakon dan penerbit kacak Hans Isaac, sudah diketahui umum. Namun kisah perpisahan mereka terus menjadi tanda tanya walaupun Neelofa sudah mengesahkan hubungan itu sudah berakhir.
Pasangan yang sudah lama sinonim bersama itu, mengambil keputusan untuk mengumumkannya kepada orang ramai secara rasmi hanya pada awal Jun lalu.
Neelofa berkata, perpisahan itu terpaksa dirahsiakan atas permintaan Hans yang belum bersedia serta mahu mencari kekuatan bagi berhadapan kesedihan itu.
"Kami memang sudah berpisah sejak awal tahun lagi, cuma kami tidak bersedia untuk memberitahu umum masa itu.
"Kami sama-sama memerlukan masa untuk betul-betul bersedia menerima perpisahan itu," katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk kosmetik fesyen pertama Malaysia, Airish Miracle.
Menurutnya, perpisahan itu diakhiri dengan matang selepas telah mencuba yang terbaik untuk hubungan itu.
Jelas Neelofa, selepas beberapa bulan membawa haluan masing-masing, barulah mereka berbincang dan bersepakat untuk memberitahu umum tentang perpisahan itu awal Jun lalu.
Neelofa berkata, biarlah semua tahu dan jelas tentang hubungan ini sudah berakhir dan dia tidak mahu terus dibayangi dengan nama Hans lagi, kerana nama itu sudah cukup sinonim dengannya sejak dua tahun lalu.
”Saya mahu berterus terang dengan semua orang bahawa hubungan kami sudah putus. Berhubung kenapa Hans terus berdiam diri, saya faham kenapa Hans tidak mahu komen sebab dia sudah lama dalam industri dan selama ini banyak cerita berhubung kisah cintanya yang tidak berpanjangan,” kata Neelofa dengan tenang ketika ditanya berhubung tindakan Hans yang terus mendiamkan diri.
Ketika ditanya sama ada hubungan itu berakhir ekoran orang ketiga, Neelofa menafikan dan enggan berkongsi punca sebenar perpisahan.
“Bukan sebab orang ketiga. Tetapi saya tidak boleh kongsi apa puncanya.
“Saya menghormati dia sebagai orang yang lebih tua daripada saya dan sebagai orang yang banyak mengajar benda baik kepada saya”, ujarnya yang mula intim dengan Hans sejak lebih dua tahun lalu apabila berlakon bersama dalam filem arahan Hans iaitu Lemak
Kampung Santan.
Neelofa berkata, sememangnya setiap perpisahan amat perit untuk dilalui dan tipulah kalau tidak sedih dengan ikatan percintaan yang dibina selama hampir dua tahun itu terlerai begitu sahaja.
Namun, dia perlu meneruskan kehidupan dan kerjaya.
Tunggu restu keluarga
Ketika ditanya adakah dia akan mencari pengganti, Neelofa berkata, dia boleh teruskan hidup tanpa teman lelaki.
“Cukuplah dengan perniagaan yang saya ada dan saya mahu memberi menumpukan perhatian sepenuhnya,” katanya.
Neelofa juga mengesahkan dirinya kini berstatus solo dan tidak terfikir lagi mahu mencari pengganti.
“Tetapi sekiranya ada lelaki yang betul-betul dapat menambat hati saya dan mendapat restu keluarga, saya tidak mahu berlengah-lengah lagi dan akan terus kahwin,” katanya.
Namun jelas Neelofa, ia bukanlah keutamaan dalam hidupnya. Sebaliknya, anak jati Pasir Mas, Kelantan, ini tetap bersyukur kerana mampu mengalihkan tumpuan dengan memberi perhatian kepada perniagaannya.
“Bila sudah solo, saya banyak meluangkan masa hampir setiap hari di pejabat untuk mengusahakan perniagaan.
“Masa itulah saya berjumpa pereka, cari pembekal dan akhirnya kanta lekap, Lofalens dapat dilancarkan awal April lalu,” katanya.
Jelas Neelofa, sebenarnya perancangan untuk membuat kanta lekap itu sudah lama iaitu sejak November tahun lalu lagi.
“Alhamdulillah, saya mempunyai perniagaan sendiri yang mampu untuk mengalihkan tumpuan kepada benda lain, di sebalik kesedihan itu,” katanya yang hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang pengacaraan ketika ini.
Duta Airish Miracle
Neelofa turut dipilih menjadi duta jenama kosmetik fesyen, Airish Miracle selama dua tahun.
“Tahun lalu, Ketua Pegawai Urusan, Airish Miracle, Datuk Aizuddin Ghazali ada datang bertemu untuk meminta saya menjadi duta.
“Selepas itu, mereka bagi saya produk untuk dipakai hampir satu tahun,” katanya.
Menurutnya, setiap kulit adalah berbeza dan kulitnya juga bukanlah dari jenis yang bermasalah tetapi selepas memakai produk ini, ia dapat membantu mengurangkan kulit kusam.
Airish Miracle menerusi Hemma Sakura adalah produk pertama keluaran tempatan yang menggunakan air Reverse Osmosis (RO), sekali gus menjadi kosmetik fesyen pertama di Malaysia. - Info SINAR HARIAN
Keith Foo Cium Kim Raymon Di Publika Disaksikan Alia Busmamam
Jika sebelum ini, pelakon Keith Foo ada menafikan dirinya bakal
bertunang, namun menerusi foto yang dimuat naik oleh pereka fesyen Alia
Bastamam, Keith dilaporkan telah melangsungkan majlis pertunangan
bersama wanita pilihannya, Kim Raymond pada 24 Jun lalu.
"Kim and Keith are engaged! Congratulations to KL's most gorgeous
couple. We can't wait for the big day you guys" tulis Alia pada kapsyen
gambar tersebut.
Lagenda Budak Setan 3 Lahirkan Lebih Banyak Syaitan
Dalam pada itu, Farid berkata, dia mengakui terkejut dengan tindakan isterinya itu namun menganggap ia adalah perkara kecil yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
Farid (kanan) bersama barisan pelakon dan juga mereka yang terlibat dalam filem Lagenda Budak Setan 3.
Jelas Farid lagi, dia melihat kejadian tersebut sebagai satu pengajaran pada masa hadapan.
"Saya tidak salahkan dia kerana biasalah, wanita berhak mempunyai sedikit perasaan cemburu terhadap suami mereka.
"Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut dan kita juga masih baharu dalam perkahwinan jadi ia satu proses pembelajaran buat kami berdua," jelasnya.
Sementara itu, Farid berkata, kejadian tersebut tidak memberikan kesan kepada kerjaya seninya tambahan pula pihak MIG telah pun menjelaskan perkara itu.
Namun Farid tidak menolak tanggapan kejadian itu sedikit sebanyak memberi promosi percuma kepada filem Pengantin Malam yang sedang ditayangkan di pawagam. - Kredit MSTAR
Nora Danish Pengantin Malam Farid Kamil
Gambar inilah yang menjadi kontroversi
apabila Nora Danish memegang tangan Farid dalam satu sesi fotografi yang
dikatakan menjadi punca kemarahan Diana Danielle.
Farid ditemui pada majlis pelancaran Kad Amal dan Kad Ucapan Hari Raya Filem Lagenda Budak Setan 3 di Redbox Sogo di sini, Rabu.
Terdahulu, Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya dengan menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem.
Tanpa menyebut siapakah individu itu, umum dapat mengagak artis tersebut adalah Nora Danish yang diminta bergambar bersama Farid bagi mempromosikan filem Pengantin Malam.
Tindakan Diana telah mendapat respons kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram malah ada yang menganggap dia bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.
Farid Kamil Sengaja Pegang Tangan Artis Seksi
Farid, 32, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun dia tidak menolak perasaan cemburu isterinya yang menjadi punca kepada kejadian itu.
"Saya maafkan dia dan berharap semua pihak yang terasa hati dengan tindakannya itu dapat memaafkan Diana.
"Tidak dinafikan perasaan cemburu menyebabkan Diana membuat keputusan itu tetapi ia tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada mStar Online. - Kredit MSTAR
Drama Seludup Orang Realistik Diterajui Namron
Sementara itu, mengenai drama Seludup, ia merupakan karya terbitan dan arahan kedua Jehan selepas drama What If.
Dia telah megambil masa selama sembilan bulan untuk membuat kajian mengenai penyeludupan haram yang berlaku di negara ini.
"Sebenarnya idea mahu menghasilkan drama ini selepas saya membaca akhbar banyak kes mengenai isu pemerdagangan haram tidak kira apa jua benda yang diperdagangkan.
"Jadi saya mula memahami hal-hal penyeludupan dan kebanyakan informasi semuanya datang daripada Internet selain membaca sebuah buku mengenai perdagangan haram berjudul Elicit.
Antara pelakon yang akan terlibat dalam Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri.
Penggambaran akan bermula pada Julai depan di Melaka dan ia bakal disiarkan sekitar September ini menerusi saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135). - Kredit MSTAR
Isteri Jehan Miskin Belum Boleh Beranak
|
|
|
Gambar percutian Jehan Miskin bersama isterinya, Julie Camelia Rhee.
Jehan, 35, berkata, isterinya yang merupakan warga Korea itu ingin menikmati masa bersama sebagai suami-isteri sebelum bersedia menggalas tanggungjawab bergelar seorang seibu.
"Isteri kata dia nak kami berbulan madu dahulu dan saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu.
"Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama," katanya. - Kredit MSTAR
Nad Zainal Diburu Azwan Kombos
Pelakon Nad Zainal dilaporkan telah membuat laporan polis di Ibu
Pejabat Polis Daerah Ampang selepas mendakwa diancam oleh seorang wanita
yang tidak dikenali selain diganggu oleh bekas kekasihnya, Azwan
Kombos.
Memetik laporan sebuah akhbar, Nad menjelaskan wanita berkenaan telah
menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon
berbeza dan melontarkan kata-kata yang berbaur negatif.
"Kali terakhir wanita terbabit menghubungi saya adalah kira-kira sejam
sebelum saya membuat laporan polis. Wanita itu mengugut akan mengaibkan
saya kepada rakan wartawan dan penulis blog kerana putus dengan Azwan,
ujar Nad.
Dalam pada itu, Nad juga mendakwa Azwan masih mengganggunya dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Selama tempoh percintaan kami, biasalah ada pasang surut. Kami pernah
putus kemudian sambung balik. Mungkin juga disebabkan itu Azwan fikir
kami akan sambung semula.
"Saya sudah bulatkan pendirian untuk tidak lagi bersamanya. Saya kesal
kenapa Azwan tidak boleh terima hakikat kami sudah tidak ada apa-apa
lagi," tambah Nad yang menegaskan tak akan kembali bercinta dengan Azwan
sama ada dia bersama Hefny ataupun tidak. - Kredit Media Hiburan
Eisya Toh Tamat Zaman Dara
Tahniah diucapkan kepada pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh
yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada bulan Oktober ini.
Jejaka yang menjadi pilihan Iesya merupakan seorang ahli perniagaan
yang hanya mahu dikenali sebagai Zairee dan berumur 33 tahun.
“Majlis merisik telah pun dibuat pada 17 Ogos tahun lalu dan diadakan
secara serba sederhana di kalangan ahli keluarga. Untuk majlis
pertunangan mengikut perancangan akan diadakan pagi, sejam sebelum
bernikah iaitu pada 10 Oktober di Masjid Angkasapuri.
“Untuk majlis persandingan pula akan diadakan pada 11 Oktober di Pusat
Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC). Namun tarikh ini masih lagi
belum betul-betul dapat dipastikan kerana risau jika terikat dengan
tugasan. InsyaAllah, doakan semuanya berjalan lancar ya,” jelas Iesya
yang akan memilih kain untuk dipakai pada majlis persandingan nanti di
Jakel. - Kredit Media Hiburan
Amyra Rosli Hantar Rombongan Pinang Dazrin Kamarudin
Selepas bertunang pada 25 Ogos tahun lalu, pasangan pelakon Dazrin
Kamarudin dan Amyra Rosli telah memilih tanggal 8 Ogos depan sebagai
tarikh untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka.
Memilih tarikh selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri, Amyra menjelaskan persiapan perkahwinannya sudah mencapai 80 peratus.
“Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar. Semuanya baik-baik sahaja.
Walaupun kami berdua agak sibuk dengan jadual penggambaran dan aktiviti
seni, tapi persiapan perkahwinan kami dapat kami uruskan dengan bantuan
kedua belah pihak keluarga.
"Setakat ini yang sudah siap adalah seperti urusan baju, urusan
jurunikah, pelamin dan sebagainya. Cuma ada beberapa persiapan yang
sedang dalam proses untuk kami selesaikan seperti kad jemputan, undangan
dan sebagainya,” ujar Amyra yang dipetik daripada sebuah portal
hiburan.
Dalam pada itu, Amyra tidak menganggap perkahwinan di usia muda akan
menjejaskan periuk nasinya. Malah, yakin rezekinya semakin murah selepas
ini berikutan berita pertunangannya sebelum ini telah memberikannya
rezeki yang lebih banyak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
- Kredit ROTIKAYA