KUALA LUMPUR: Susulan rampasan Bible
berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama di Selangor,
penganut Kristian Sarawak pula menuntut kerajaan negeri itu agar
melarang pegawal penguatkuasa agama Islam Selangor dari memasuki negeri
tersebut.
Naib Pengerusi PKR Sarawak See Che How, pada Selasa mengumumkan tuntutan itu selepas membuat laporan polis ke atas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Kuching, lapor Malaysian Insider.
Laporan polis itu dibuat See dengan ditemani beberapa pemimpin kumpulan Kristian ekoran tindakan Jais dan Mais enggan menyerahkan Bible yang dirampas Jais daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada 2 Januari.
Kumpulan terbabit turut mendesak kerajaan negeri Sarawak untuk melarang kemasukan individu yang dilabelkan sebagai ekstremis agama walaupun daripada negeri berlainan.
Kumpulan Kristian terbabit mahu pegawai rasmi Jais dan Mais terutama Pengerusi Mais, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa disenarai hitamkan dari memasuki bumi kenyalang itu.
“Mereka adalah ekstremis agama dan harus dilarang memasuki negeri ini dan mereka layak diharamkan” kata See kepada Malaysian Insider.
See turut merujuk polisi yang ditetapkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang melarang ekstremis agama memasuki Sarawak.
Turut hadir adalah Pengerusi PKR Cabang Mas Gading, Boniface Willey Tumek dan setiausahanya Francis Teron yang mempersoalkan tindakan Mais.
"Adakah Mais mempunyai kuasa melebihi kerajaan negeri Selangor dan Pejabat Peguam Negara yang mana menentukan pendakwaan jenayah dilakukan?" tanya mereka.
Kemarahan penganut kristian di negeri itu semakin memuncak apabila dua jabatan agama negeri Selangor itu enggan memulangkan Bible versi bahasa Melayu dan Iban meskipun diarahkan berbuat demikian oleh Pejabat Peguam Negara.
Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, PBM bebas daripada sebarang salah laku.
Namun Mais bertegas dan mendakwa ada kesalahan yang dilakukan pertubuhan tersebut mengikut enakmen negeri Selangor.
Mais juga kini sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk memusnahkan kesemua 321 Bible yang dirampas.
Bible itu dikatakan diperuntukkan untuk kegunaan Sabah dan Sarawak mengikut terma Perjanjian 10 Perkara yang membenarkan Bible berbahasa Melayu diimport.- ASTROAWANI

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kumpulan-kristian-mahu-pegawai-mais-dan-jais-dilarang-masuk-sarawak-37861?cp