Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

JADUAL PERTANDINGAN BOLASEPAK SUKAN MALAYSIA (SUKMA) KE-18 PERINGKAT SUKU AKHIR



JADUAL PERTANDINGAN BOLASEPAK SUKAN MALAYSIA (SUKMA) KE-18 PERINGKAT SUKU AKHIR

26 Julai 2016

• QF1 - Selangor vs Pahang - 3.45 ptg
• QF2 - Sabah vs Johor- 3.45 ptg
• QF3 - W.Persekutuan vs N.Sembilan - 3.45 ptg
• QF4 - Perak vs Sarawak - 8.30 mlm

Nota :
• Semi-Final 1 - QF1 vs QF3 (28.07.2016)
• Semi Final 2 - QF2 vs QF4 (28.07.2016)
• Final & Tempat ke-3/4 (30.07.2016)

Kakak Sheila Majid Seks Dengan Anak Taib Mahmud






Shahnaz Majid!

Siapa wanita ini?

Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi terkenal Sheila Majid.

Shahnaz juga merupakan menantu Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud. Shahnaz adalah isteri pertama Mahmud Bekir, anak Taib Mahmud.

Hari ini Shahnaz membawa kes ke mahkamah untuk minta diceraikan dan antara alasannya dia dan suaminya tidak mengadakan hubungan suami isteri sejak 2001.

Apa yang dituntut Shahnaz?

1) RM100 juta tuntutan mutaah.

2) RM300 juta harta sepencarian.

Menurut Shahnaz, suaminya, yang sudah pun memperisterikan seorang wanita Russia, selain mempunyai perniagaan berbilion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quortoporte, Audi dan Alphard.
http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2011/3/9/mstar_mahkamah/20110309100948&sec=mstar_mahkamah

Cukup menyedihkan apabila dikenangkan nasib rakyat Sarawak jika dibandingkan kemewahan Taib dan anak beranak beliau.

Dan tergamak kita termasuk Najib Razak merayu rakyat untuk terus menyokong Taib Mahmud.

Saya malu bila membaca posting Rockybru yang begitu bangga dengan usaha kerajaan untuk menyediakan elektrik 24 jam kepada rakyat Sarawak padahal negara sudah Merdeka lebih 60 tahun.
http://rockybru.com.my/2011/03/one-malaysia-sarawak-schools.html

Seharusnya kita berkempen supaya rakyat terus menyokong BN tetapi menyingkirkan Taib Mahmud di dalam pilihanraya akan datang.

Tiada beza antara Taib Mahmud dan Muamar Ghadafi dan pemimpin Tunisia. - Sumber Kedahku.blogspot.com
 



Tunku Mahktota Johor Berkenan Mencemar Duli Bujang Senang






DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkenan mencemar duli untuk berjumpa dengan para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum mereka berangkat ke Sarawak. Baginda turut memberikan kata-kata semangat dan peransang buat para pemain dan harapan agar mereka pulang membawa kejayaan. Ayuh Johor.
Hidup Johor Demi Johor
‪
Li ·





Kristian Serang Sarawak






Kumpulan Kristian mahu pegawai Mais dan Jais dilarang masuk Sarawak
See Che How mengumumkan tuntutan itu selepas membuat laporan polis ke atas Jais dan Mais
KUALA LUMPUR: Susulan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama di Selangor, penganut Kristian Sarawak pula menuntut kerajaan negeri itu agar melarang pegawal penguatkuasa agama Islam Selangor dari memasuki negeri tersebut.

Naib Pengerusi PKR Sarawak See Che How, pada Selasa mengumumkan tuntutan itu selepas membuat laporan polis ke atas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Kuching, lapor Malaysian Insider.

Laporan polis itu dibuat See dengan ditemani beberapa pemimpin kumpulan Kristian ekoran tindakan  Jais dan Mais enggan menyerahkan Bible yang dirampas Jais daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada 2 Januari.

Kumpulan terbabit turut mendesak kerajaan negeri Sarawak untuk melarang kemasukan individu yang dilabelkan sebagai ekstremis agama walaupun daripada negeri berlainan.

Kumpulan Kristian terbabit mahu pegawai rasmi Jais dan Mais terutama Pengerusi Mais, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa disenarai hitamkan dari memasuki bumi kenyalang itu.

“Mereka adalah ekstremis agama dan harus dilarang memasuki negeri ini dan mereka layak diharamkan” kata See kepada Malaysian Insider.

See turut merujuk polisi yang ditetapkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang melarang ekstremis agama memasuki Sarawak.

Turut hadir adalah Pengerusi PKR Cabang Mas Gading, Boniface Willey Tumek dan setiausahanya Francis Teron yang mempersoalkan tindakan Mais.

"Adakah Mais mempunyai kuasa melebihi kerajaan negeri Selangor dan Pejabat Peguam Negara yang mana menentukan pendakwaan jenayah dilakukan?" tanya mereka.

Kemarahan penganut kristian di negeri itu semakin memuncak apabila dua jabatan agama negeri Selangor  itu enggan memulangkan Bible versi bahasa Melayu dan Iban meskipun diarahkan berbuat demikian oleh Pejabat Peguam Negara.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, PBM bebas daripada sebarang salah laku.

Namun Mais  bertegas dan mendakwa ada kesalahan yang dilakukan pertubuhan tersebut mengikut enakmen negeri Selangor.

Mais juga kini sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk memusnahkan kesemua 321 Bible yang dirampas.

Bible itu dikatakan diperuntukkan untuk kegunaan Sabah dan Sarawak mengikut terma Perjanjian 10 Perkara yang membenarkan Bible berbahasa Melayu diimport.- ASTROAWANI