PARIS: Pengguna laman media sosial mengutuk
Barack Obama pada Jumaat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu
dilihat mengunyah gula-gula getah ketika upacara formal menyambut ulang
tahun ke-70 D-Day iaitu operasi pendaratan menerusi air di Normandy
ketika Perang Dunia ke-2.
Orang ramai menggunakan Twitter bagi menggambarkan aksi Obama sebagai ‘memalukan’ dan ‘menyinggung perasaan’ selain seorang pengguna Twitter mengatakan Obama sebagai ‘biadap’.
“Obama adakah anda mahu Coke bersama gula-gula getah ketika Marseillaise dimainkan?” kata toto_des_bois, merujuk kepada lagu kebangsaan Perancis.
“Ratu telah tiba dan kita ada Obama yang sedang mengunyah gula-gula getah, #DDay70,” kata diminou, seorang lagi pengguna Twitter.
Pemimpin AS itu menerima serangan sama di media sosial selepas beliau dilihat mengunyah gula-gula getah ketika majlis pengebumian Nelson Mandela pada Disember.
Orang paling berpengaruh di dunia itu sedang berusaha untuk berhenti merokok dan disebabkan itu, beliau sering dilihat mengunyah gula-gula getah berasaskan nikotin bagi mengatasi ketagihan.- ASTROAWANI

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pengguna-twitter-sindir-obama-kunyah-gula-gula-getah-semasa-upacara-d-day-37341?cp