• Hanez Suraya Hanez Suraya
1 / 1
KEPUTUSAN Nur Liyana Abdul Manan menarik balik tuntutan fasakh ke atas suaminya, Romie Razin Adilha yang juga teman lelaki aktres terkenal, Hanez Suraya mencetuskan semula kontroversi.

Mengambil langkah untuk bercerai secara baik, tindakan Nur Liyana itu juga mendapat sokongan daripada pengikutnya menerusi akaun Facebook ‘Kami Sokong Liyana Manan’.

Malah menerusi akaun tersebut, ada pihak yang mendakwa Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz bakal didakwa kerana menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, Hanez bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Jangan libatkan saya lagi. Saya dah tak nak campur masalah mereka lagi," katanya.

Tetap dengan pendiriannya, Hanez juga enggan lagi berkongsi mengenai Romie yang baru sahaja kehilangan bapanya.

"Saya pun tak nak komen tentang dia (Romie) lagi. Lagipun, ketika perbicaraan itu berlangsung, saya tiada di sini (Malaysia) kerana bercuti ke luar negara dan baru saja pulang tiga hari lalu," katanya.

Jika sebelum ini, pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant ini bersikap lebih terbuka dalam soal percintaannya, namun kini aktres itu dilihat semakin berahsia.

"Saya tak nak memperbesarkan lagi isu ini. Biarkanlah saya dengan kehidupan saya sekarang," katanya.

Sebelum ini, Hanez ini dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga Liyana apabila pelakon itu mengakui bercinta dan bakal berkahwin dengan Romie. Malah tiket percutian mereka pernah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - Kredit SINAR HARIANa