Showing posts with label Obama. Show all posts
Showing posts with label Obama. Show all posts

Lelaki Ada 66 Burung Dalam Seluar






Havana: Seorang lelaki ditahan kerana cuba menaiki sebuah pesawat ke Amerika Syarikat bersama-sama dengan 66 burung di dalam seluarnya.
Lelaki itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di Camahuay di Cuba selepas ditahan untuk pemeriksaan kerana bonjol besar yang mencurigakan pada seluarnya.

Apabila ditahan oleh kakitangan kastam, lelaki itu berkata, dia hanya membawa seekor merpati sebagai hadiah untuk cucunya.

Polis berkata, semua burung itu dari spesies yang jarang ditemui dan mungkin dicuri. Ia dianggar bernilai ribuan ringgit.

Penyeludup itu hampir berjaya menaiki pesawat selepas pengesan logam gagal mengesan burung berkenaan.
FotoSEBAHAGIAN daripada burung yang ditemui dalam tempat khas yang dijahit pada seluar lelaki itu.
Bagaimanapun, kerana bonjol besar dan cara dia berjalan, kakitangan kastam di lapangan terbang berkenaan menahannya untuk diperiksa.

“Dia cuba menipu dengan berkata, dia hanya membawa seekor merpati di dalam seluarnya,” kata jurucakap kastam, Hermogenes Yonsiver. - Agensi




Obama Yang Biadap






Pengguna Twitter sindir Obama kunyah gula-gula getah semasa upacara D-Day
Obama dilihat mengunyah gula-gula getah ketika upacara formal menyambut ulang tahun ke-70 D-Day - Gambar fail
PARIS: Pengguna laman media sosial mengutuk Barack Obama pada Jumaat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dilihat mengunyah gula-gula getah ketika upacara formal menyambut ulang tahun ke-70 D-Day iaitu operasi pendaratan menerusi air di Normandy ketika Perang Dunia ke-2.

Orang ramai menggunakan Twitter bagi menggambarkan aksi Obama sebagai ‘memalukan’ dan ‘menyinggung perasaan’ selain seorang pengguna Twitter mengatakan Obama sebagai ‘biadap’.

“Obama adakah anda mahu Coke bersama gula-gula getah ketika Marseillaise dimainkan?” kata toto_des_bois, merujuk kepada lagu kebangsaan Perancis.

“Ratu telah tiba dan kita ada Obama yang sedang mengunyah gula-gula getah, #DDay70,” kata diminou, seorang lagi pengguna Twitter.

Pemimpin AS itu menerima serangan sama di media sosial selepas beliau dilihat mengunyah gula-gula getah ketika majlis pengebumian Nelson Mandela pada Disember.

Orang paling berpengaruh di dunia itu sedang berusaha untuk berhenti merokok dan disebabkan itu, beliau sering dilihat mengunyah gula-gula getah berasaskan nikotin bagi mengatasi ketagihan.- ASTROAWANI